Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Ustaz Hasbi: Usah dicela sembahan penganut agama lain

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



KETUHANAN adalah suatu konsep yang sangat penting dalam kehidupan golongan yang beragama, tidak kira apa pun jua agama yang dianuti.



Ia adalah sesuatu yang sangat suci di sisi golongan ini.



Ia juga suatu konsep yang suci di sisi Islam.



Sekalipun Singapura sebuah negara yang berfahaman sekular, namun ketuhanan turut mendapat perhatian yang diberatkan kerana majoriti penduduknya adalah golongan yang beragama, sama ada Islam atau bukan Islam.



Memberi perhatian yang berat terhadap perkara ini, penting kerana ia dapat memastikan keharmonian dan kerukunan hidup sesama penganut yang beragama, apa jua agama yang di anuti.



Satu dari cara menjaga keharmonian ini adalah dengan menanam sikap saling menghormati anutan masing-masing.



Bahkan ini adalah antara perkara yang sangat diberatkan juga di dalam Islam dan dipandang oleh Islam sebagai satu adab dan sopan santun yang sangat luhur.



Sebagaimana yang ditekan oleh Al-Quran apabila memuji Junjungan yang mulia Nabi Muhammad saw.



Frman Allah swt dalam surah Al-Qalam ayat 4 : "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia".



Antara adab yang sangat ditekankan oleh Islam di dalam Al-Quran, ialah larangan mencerca sembahan agama-agama selain Islam.



Firman Allah swt dalam surah Al-An'aam ayat 108 : "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan."



Mengenai ayat tersebut, diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra: "Mereka (kaum musyrikin Quraisy) berkata "Hai Muhammad hendaklah engkau menghentikan cercaan terhadap tuhan-tuhan kami atau kami pasti akan mencerca Tuhanmu. Maka Allah melarang mereka (kaum mukminin) mencerca berhala-berhala mereka (kaum musyrikin)".



Dalam riwayat yang lain daripada Qatadah ra meriwayatkan: "Dahulu kaum Muslimin mencerca berhala-berhala sembahan orang-orang kafir, maka orang-orang kafir mencerca Allah sebagai satu permusuhan tanpa pengetahuan. Maka Allah turunkan firman-Nya "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah".



Daripada ayat dan riwayat-riwayat tersebut dapat disimpulkan beberapa pengajaran:



1. Adab bergaul dengan orang-orang selain daripada orang-orang Islam.



2. Adab jangan saling mencerca dan menghina walaupun terhadap orang yang bukan Islam dan sembahan mereka.



3. Walaupun Islam menitikberatkan konsep ketuhanan dan pengesaan Tuhan Yang Maha Esa Dia itu Allah swt , Islam bahkan Allah swt sendiri sangat melarang mencerca dan menghina sembahan orang-orang yang bukan Islam, agar mereka (orang-orang bukan Islam) tidak mencerca Tuhan sembahan orang Islam.



4. Konsep larangan mencerca dan menghina sembahan orang-orang bukan Islam tidak terbatas pada ketuhanan saja bahkan terhadap apa pun yang dipandang suci seperti para nabi, para wali, para ulama dan yang sebagainya.



5. Konsep larangan mencerca dan menghina tersebut juga dilarangkan terhadap kedua ibubapa sendiri.



Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin 'Amr ibn al-'Ash ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw "Antara dosa-dosa besar adalah seseorang mencerca ibubapanya sendiri."



Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah saw adakah seseorang itu mencerca kedua ibu bapanya sendiri ?"



Sabdanya: "Ya, seseorang mencerca bapa seseorang (maka orang yang bapanya dicerca) ia pun mencerca bapa orang yang mencerca bapanya.



Keadaan seperti ini dianggap seseorang itu mencerca kededua orang tuanya sendiri."



6. Secara umum Islam tidak membenarkan sikap mencerca dan menghina bahkan mencerca apa jua makhluk tidak diharuskan.Umpamanya mencerca angin.



Sebagaimana sabda Rasulullah saw Riwayat al-Imam Abu Daud daripada hadis Abu Hurairah ra, katanya:



"Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Angin adalah cipta Allah Taala, ia mendatangkan rahmat dan mendatangkan azab, maka apabila kamu melihatnya jangan kamu mencercanya, mintalah daripada Allah kebaikannya dan mohonlah pertolongan Allah dari keburukannya."



7. Terakhir daripada pengajaran yang boleh disimpulkan, hanya satu keadaan sahaja Islam mengharuskan cercaan sekalipun ia bukan yang terbaik iaitu mencerca Iblis dan kuncu-kuncunya.



Iblis yang Allah swt berfirman mengenainya dalam surah Sad ayat 82:



"Iblis berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya."



Ayat ini menyatakan Iblis bersumpah dengan nama Tuhan hendak menyesatkan semua golongan.



Tambahan lagi dengan keingkarannya mematuhi perintah Allah swt supaya sujud hormat kepada Nabi Adam as.



Maka atas dasar itu Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 35:



"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".



Nabi Muhammad saw sendiri pernah mencerca syaitan sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis yang sahih:



"Bahawasanya syaitan pernah hendak mengalihkan perhatian Rasulullah saw sedang baginda di dalam solatnya. Maka sabda Rasulullah saw:



"Aku melaknati engkau dengan laknat Allah".



Maka mencerca syaitan dianggap satu keharusan. Akan tetapi memohon perlindungan dengan Allah swt daripadanya adalah afdal.




"Satu dari cara menjaga keharmonian dan kerukunan hidup adalah dengan menanam sikap saling menghormati anutan masing-masing. Bahkan ini adalah antara perkara yang sangat diberatkan juga di dalam Islam dan dipandang oleh Islam sebagai satu adab dan sopan santun sangat luhur."
- Penulis.




  • Penulis ialah Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas). Beliau juga anggota majlis Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); anggota tetap Jawatankuasa Fatwa dan Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >