Topik diikuti
Pergi ke BHkuLAPORAN di Berita Harian (BH) semalam (9 Januari) mengenai tuduhan jenayah di mahkamah terhadap bekas Presiden dan dua pegawai Majlis Pusat (MP) memberi gambaran yang mengecewakan terhadap masyarakat Melayu/Islam amnya.
Meskipun Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, melahirkan harapan semoga episod itu tidak menjejas keyakinan masyarakat Melayu/Islam setempat, saya yakin harapan sedemikian tidak mudah dicapai tanpa tindakan lanjut yang sewajarnya demi memastikan isu seperti itu tidak berulang.
