Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Wartawan bersara dengan membawa seribu kenangan

Nov 22, 2019 | 05:30 AM



CITA-CITA ingin menjadi seorang penulis yang dipendamnya sejak kecil rupanya menjadi sumber rezeki bagi beliau sehinggalah mencecah usia persaraan.



Selama 45 tahun, Cik Nuryati Duriat tidak pernah mengambil ringan amanah yang diberikan kepadanya - terdahulu sebagai wartawan, dan kemudian sebagai penyunting (sub-editor) akhbar ini.



Menyertai Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) pada 1974, esok, Cik Nuryati bakal melangkah pula ke alam persaraan - sehari sebelum ulang tahunnya yang ke-65.



Berkongsi kenangan indah yang telah dilaluinya sejak mula bekerja lebih empat dekad lalu, wanita yang tidak lepas berbaju kurung itu berkata banyak perubahan yang telah dilaluinya bersama akhbar ini.



"Dulu sebagai wartawan baru, kita selalu ditugaskan buat liputan jenayah.



"Jadi, pada 9 pagi lagi kita hadiri sidang media. Di sinilah nanti pelbagai kisah jenayah diberitahu,'' kata beliau.



Setelah beberapa tahun, beliau mula diberi pengkhususan dalam bidang pendidikan.



Sebagai wartawan pendidikan pada masa itu, beliau perlu menghadiri sidang media pada setiap Rabu di mana menteri atau pegawai pendidikan akan memberi taklimat.



"Lepas tu saya kerap 'merayap' di pejabat mereka (Kementerian Pendidikan), berbual dengan cikgu-cikgu yang bertugas di sana, pergi makan bersama... dari situlah kita bina kenalan.



"Apabila ada kenalan, mudahlah kita 'korek' cerita,'' ujar Cik Nuryati.



Beliau juga bercerita bagaimana ketika menjadi pemberita, antara yang tidak dapat dilupakan apabila bersama jurugambar Rawi Ahmad (kini Allahyarham), dimaki hamun seorang penerima habuan Hari Raya, kerana sebelumnya Haji Rawi merakam gambarnya ketika meminta sedekah di sebuah masjid.



"Di dalam dewan semasa majlis penyampaian habuan dijalankan, wanita penerima habuan itu memekik dan menunjuk ke arah kami sambil memekik:



"Itulah reporter dan cameraman sial tu,'' katanya.



Allahyarham Rawi segera mengajak saya beredar dari situ setelah menyelesaikan tugasnya merakam gambar.



Setelah 15 tahun sebagai wartawan, Cik Nuryati menggalas pula tugas sebagai penyunting di mana antara tanggungjawabnya termasuk memeriksa artikel yang ditulis wartawan serta menyusun halaman yang bakal diterbitkan dalam akhbar.



Tugasnya itu dilakukan dengan teliti dan serius kerana "tujuan utama saya ialah tidak mahu laporan berita yang disiarkan salah".



Ini diakui sendiri beberapa wartawan lain di bilik berita, yang bergurau akan merindui "panggilan telefon Cik Yati" setiap kali tulisan mereka disunting beliau kerana banyak semakan dan pengesahan perlu dilakukan.



Apakah yang akan paling dirinduinya setelah bersara nanti?



"Melakukan kerja harian saya seperti mereka hias halaman dan menyunting berita,'' katanya.



Air mata mula bergenang, namun cuba ditahannya dari menitis.



Cik Nuryati kemudian menambah:



"Sebenarnya saya sayang nak berhenti kerja ini, sayang sangat...



"Mestilah berat hati nak berpisah dengan BH/BM sebab di sinilah tempat cinta saya kepada bidang penulisan semakin berkembang.''



"Jadi macam mana nak berpisah 'kan? Memang saya sayang sangat kat sini... sedihlah."



Namun, seperti biasa, dengan pantasnya beliau kembalikan suasana riang.



Bertugas sebagai wartawan dan kemudian menjadi penyunting di akhbar in memang membawa seribu kenangan.



''Cerita yang terlalu banyak untuk dijadikan kenangan,'' kata Cik Nuryati.



Ditanya rancangannya setelah bersara nanti, Cik Nuryati menjawab:



"Orang banyak tanya, nak jaga cucu ke? Tak... saya nak relaks dulu!" seloroh nenek tiga cucu itu, sambil tertawa besar.




"Sebenarnya saya sayang nak berhenti kerja ini, sayang sangat... Mestilah berat hati nak berpisah dengan BH/BM sebab di sinilah tempat cinta saya kepada bidang penulisan semakin berkembang.''
- Cik Nuryati Duriat mengenai persaraannya setelah 45 tahun bertugas di Berita Harian/Berita Minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >