SETELAH lebih seminggu langkah 'pemutus litar' berkuat kuasa demi membendung penularan wabak Covid-19 di Singapura, nampaknya kini kita sudahpun dapat melihat kesan awal daripada usaha tersebut - iaitu kes jangkitan dalam kalangan masyarakat yang sudah mula merosot.
Ini meskipun di tengah-tengah kes jangkitan yang melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama terus kekal tinggi dengan semalam Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan lagi 596 kes Covid-19, majoritinya pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori, semalam.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg