BUAL LEGENDA
Wann tidak ambil hati dengan pelbagai gelaran
Feb 10, 2020 | 05:30 AM
PANGGIL apa jua gelaran, baik 'Wann Meneran' mahupun 'Wann Bossanova', sedikit pun penyanyi lagu popular Aku Dalam Teka Teki, Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, tidak berkecil hati.
Walaupun boleh disifatkan sebagai legenda dengan banyak lagu hit yang kekal menjadi siulan atau dendangan karaoke, Wann menerima ulasan dan kritikan dengan minda dan hati yang terbuka.