Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

BAHASA & BUDAYA

Ingin ‘celikkan’ mata kanak-kanak kepada keindahan dunia menerusi buku cerita

Lahirkan anak sulung dan buku pertama
Jul 10, 2023 | 05:30 AM



Keinginan untuk ‘mencelikkan’ mata kanak-kanak kepada keindahan dunia di luar ‘kepompong’ negara mereka sendiri menjadi inspirasi utama di sebalik penghasilan bukunya.

Malah, sebelum mula menulis buku berjudul ‘Poskad Dari Turki’, Cik Nur Fathin Awalludin, telah menetapkan bahawa beliau tidak ingin menulis buku tentang tema atau nilai yang biasa didapati dalam buku kanak-kanak.

“Saya ingin anak saya dan juga kanak-kanak lain yang membaca buku ini mengetahui tentang dunia, tentang negara lain agar mereka menjadi individu yang sedar akan perkara di luar ‘kepompong’ mereka sendiri,” kata Cik Nur Fathin, 28 tahun, seorang wartawan di Berita Harian (BH).

Menurutnya idea untuk menghasilkan buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu tercetus ketika beliau hamil anak sulung.

Beliau juga berasa terdorong untuk mengusahakannya apabila mendapati kurangnya sumber buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu yang bermutu semasa mencari bahan bacaan untuk anaknya.

“Bukan tak ada, tapi tak sebanyak buku kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.

“Pada waktu itu saya bersahaja timbulkan idea untuk hasilkan sendiri buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu kepada suami, tak sangka pula ia akan menjadi satu realiti,” ujarnya.

Buku tersebut dihasilkannya semasa tempoh cuti bersalin tahun lalu.

Dalam tempoh cuti tersebut, Cik Nur Fathin berkata beliau telah menonton banyak drama Turkey dan memutuskan untuk memilih Turkey sebagai lokasi yang bakal ‘diteroka’ watak utama dalam bukunya – seorang kanak-kanak bernama Ilhan.

“Satu hari itu, ketika menonton drama, tiba-tiba timbul idea untuk tulis tentang Turkey.

“Bila saya mula menulis draf, wah, ilhamnya datang mencurah dan sangat mudah untuk saya tulis keseluruhan buku,” katanya.

Draf pertama buku tersebut disiapkannya sekitar November atau Disember 2022 dan buku ‘Poskad Dari Turki’ siap dicetak pada Mac 2023.

Buku sulung Cik Nur Fathin itu dilancarkan pada 24 Jun di Perpustakaan Daerah Punggol.

Menurut Cik Nur Fathin, antara cabaran utama yang perlu dihadapinya termasuk memahami selok-belok penerbitan buku.

“Oleh kerana ini merupakan buku pertama saya dan saya tidak mempunyai sebarang pengalaman menulis atau menerbitkan buku sebelum ini, saya cuba menghubungi banyak syarikat penerbitan.

“Namun, saya dapati ramai di antara mereka yang lokek berkongsi selok-belok dunia penerbitan, bahkan maklumat asas seperti apakah proses yang perlu saya lalui untuk menerbitkan buku, siapa yang boleh saya dekati, kos yang terlibat... ini semua mereka tak kongsi,” katanya.

Beliau akui, jika terdapat lebih banyak peluang dan bimbingan, pasti lebih banyak buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu yang bermutu dapat diterbitkan di Singapura.

‘Poskad Dari Turki’ terbitan Iqrak itu berharga $15, dan untuk setiap buku yang dijual bagi 200 naskhah pertama, $5 akan didermakan untuk membantu mangsa gempa bumi Turkey.

Buku itu turut didedikasikan khas buat anaknya, Ashryn Muhammad Rashdan, yang kini berusia sembilan bulan.

Orang ramai boleh membelinya menerusi akaun Instagram@pinthestory

Katanya: “Saya harap kanak-kanak, bahkan orang dewasa yang membaca ‘Poskad dari Turki’ dapat mempelajari perkara baru yang sebelum ini mereka tidak ketahui.

“Saya juga harap ia dapat mencetuskan keinginan dalam diri mereka untuk melihat dan meneroka dunia, menghargai budaya orang lain serta keindahan negara lain di luar negara mereka sendiri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >