Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Penyanyi asal ‘Lemak Manis’ Roslan Madun hiburkan peminat di Our Tampines Hub

Oct 06, 2023 | 12:37 PM



Ku pandang manis ala amboi-amboi orang Singapura...”


Dalam satu video di TikTok, penyanyi asal lagi berjudul Lemak Manis yang tular di media sosial telah menghiburkan ramai penonton di Our Tampines Hub baru-baru ini.


Lengkap dengan pakaian baju songket dan tanjak berwarna merah jambu, penyanyi dari Pahang, Roslan Madun menyanyikan lagu tersebut dikenali ramai dengan kalimat pembukaannya “Sopan santun anak Melayu”.







Video persembahannya ditonton lebih 30,000 kali dan mencatatkan lebih 1,000 likes.

Dalam persembahan sekitar 6 minit 53 saat itu, seorang pakcik juga dijemput menyanyikan korus lagu itu apabila Roslan turun dari pentas mengundang penonton untuk bernyanyi bersama.







Persembahan beliau adalah sebahagian sambutan Bulan Bahasa 2023 anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Tampines Central pada 23 September 2023.

Persembahannya yang berlangsung di dewan acara OTH, Festive Plaza pada 7.30 malam itu turut diiringi tarian tradisional daripada Sriwana dan kumpulan Damai.

Persembahan beliau berakhir dengan beberapa artis serta pihak penganjur menyertainya di atas pentas untuk berpantun dan menyanyikan lagu tersebut.

Selain lagu Lemak Manis, Roslan juga menyanyikan lagu klasik, Gurindam Jiwa dengan berduet bersama penulis dan guru Bahasa Melayu tempatan Cik Khaziah Yem.


Beliau juga menyampaikan medley lagu Tebang Tebu dan Burung Kenek-kenek diiringi penari cilik dari Sriwana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >