Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Perhati, bual dengan anak antara cara pupuk pembelajaran dwibahasa

Oct 14, 2023 | 03:29 PM



Dalam menggalak pembangunan bahasa anak-anak, ibu bapa perlu memerhati, mendengar, bertanya dan berbual.

Demikian panduan yang diberikan pengasas Pusat Pembelajaran Yaa Bunayya SG, Cik Nur’afifah Mohd Hussain, kepada para ibu bapa dalam webinar Cilik Cerdik bertajuk ‘Mengasah Kemahiran Dwibahasa Sambil Bermain’ pada Sabtu.

Webinar anjuran Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki itu turut disokong Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB).


Ia dihoskan oleh wartawan BH, Cik Nur Fathin Awalludin.

Webinar itu membincangkan peranan serta panduan bagi ibu bapa memupuk kemahiran dwibahasa dalam diri anak-anak.

Seramai 30 ibu bapa menyertai webinar tersebut melalui Zoom.

Sepanjang sejam webinar itu, Cik Nur’afifah, yang juga mantan guru prasekolah, membentangkan strategi yang boleh membantu ibu bapa memainkan peranan di rumah. 

Ini termasuk memperkenalkan akronim, OLIC, iaitu singkatan bagi ‘Observe, Listen, Inquiry, Converse’, atau ‘Memerhati, Mendengar, Bertanya, Berbual’, apabila mengajar kanak-kanak bahasa menerusi wadah permainan.


Permainan yang disediakan haruslah menarik perhatian kanak-kanak dan menggalak mereka untuk meneroka, tambah Cik Nur’afifah.

Beliau turut berkongsi kelebihan kognitif, budaya dan sosial memupuk kemahiran dwibahasa dalam diri kanak-kanak.

Para peserta berpeluang mengajukan soalan mereka berhubung cabaran kedwibahasaan.

Antara pertanyaan yang menarik ialah bagaimana untuk menangani kanak-kanak yang mengalami masalah menggunakan kededua bahasa Melayu dan Inggeris dan sama ada mereka harus memberi tumpuan pada menguasai satu bahasa sahaja.

Seorang peserta juga bertanya bagaimana untuk mengajar anak-anak bahasa Melayu jika penguasaan bahasa ibunda mereka sendiri tidak begitu baik.

Cik Nur’afifah, ibu kepada lima cahaya mata, menjawab: “Ambil peluang ini untuk anda juga menguasai bahasa. Jadi, apa yang anda mengajar anak anda, anda juga sama-sama belajar. Ia seperti pembelajaran rakan sebaya.”

Webinar kedwibahasaan pada Sabtu pagi itu adalah yang terakhir daripada dua sesi.

Satu webinar bertajuk ‘Membangun Minda Dwibahasa’ khusus bagi guru prasekolah, telah diadakan pada Jumaat.

Sesi pertama itu dikendalikan Encik Azhar Abdul Rashid, seorang guru Bahasa Melayu daripada Kementerian Pendidikan (MOE). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >