Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

$35j bagi sektor kewangan bangun kemahiran hijau baru

Apr 17, 2024 | 04:57 PM



Pemerintah telah memperuntukkan $35 juta untuk sektor perkhidmatan kewangan memperoleh kemahiran baru sedang republik ini berusaha menjadi hab kewangan hijau.

Pendanaan ini bertujuan membantu sektor itu memenuhi dengan lebih baik permintaan pembiayaan mampan di rantau ini.

Lebih 50,000 pekerja daripada bidang jualan hingga pematuhan risiko dan undang-undang, serta pembangunan produk akan mempunyai tugas pekerjaan berkaitan kewangan mampan baru sebagai tambahan kepada fungsi kerja kritikal mereka, daripada “darjah sederhana hingga tinggi”.

Demikian menurut satu kajian yang ditugaskan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Institut Perbankan dan Kewangan Singapura (IBS), lapor The Straits Times.


Ini datang sedang pasaran kewangan mampan di Asean dijangka mencecah $4 hingga $5 trilion dalam dekad akan datang, dengan institusi kewangan memainkan peranan penting sebagai mangkin transformasi yang diperlukan.

Pemacu permintaan terbesar di sebalik keperluan pembiayaan mampan rantau ini datang daripada sektor tenaga, pembinaan dan hartanah, seperti menggunakan tenaga boleh diperbaharui, pengagihan kuasa elektrik dan penghijauan bangunan komersial.

Justeru, tenaga kerja sektor perkhidmatan kewangan Singapura harus menyasarkan untuk memperoleh kemahiran baru dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi merebut peluang yang ada itu, kata MAS, IBS dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) pada 17 April.

Menurut Laporan Peta Transformasi Pekerjaan yang dijalankan KPMG Singapore itu, kira-kira 20 peranan kerja unik, terutamanya berkaitan pengurusan jualan dan perhubungan, telah dikenal pasti sebagai peranan keutamaan tinggi bagi peningkatan kemahiran.


Sebagai contoh, pengurus perhubungan dalam perbankan korporat perlu mengetahui laluan penyahkarbonan untuk sektor tertentu, dan cara instrumen kewangan mampan, seperti bon hijau berfungsi, untuk dapat menjelaskan perkara ini kepada pelanggan mereka.

Laporan itu juga menjangka antara 4,000 dengan 5,000 pekerjaan berkaitan kewangan mampan baru akan diperlukan sepanjang dekad akan datang, daripada risiko kemampanan kepada strategi mampan. Ini datang sedang institusi kewangan semakin mengutamakan kemampanan sebagai strategi perniagaan teras untuk pertubuhan mereka.

“Set kemahiran kewangan mampan khusus dan mendalam akan diperlukan untuk melaksanakan peranan pekerjaan ini,” tambah mereka. Bagi membantu membangunkan pakar kewangan kemampanan ini dalam tiga tahun akan datang, MAS berkata ia telah memperuntukkan $35 juta dalam Dana Pembangunan Sektor Kewangan untuk menyokong karyawan memperoleh kemahiran itu.

Antara kemahiran teknikal utama yang diperlukan untuk kewangan mampan ialah pengurusan perubahan iklim – di mana seseorang itu dapat memastikan risiko iklim disepadukan ke dalam strategi pengurusan risiko firma yang lebih luas, dan mengenal pasti peluang membangunkan produk yang menyokong mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim.

Seseorang juga mesti dapat mengukur hasil kemampanan daripada pelaburan dan produk kewangan secara berkesan dan tepat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >