Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Cabang belia masjid anjur projek bersih kubur kumpul dana peningkatan

Oct 13, 2023 | 05:30 AM



Bagi menampung dana peningkatannya, Masjid Alkaff Kampung Melayu memperkenal satu daya usaha baru – projek pembersihan kubur, atau projek ‘Kubur Cleaning’.


Projek tersebut merupakan daya usaha kumpulan Al-Muhafizoon, cabang belia Masjid Alkaff Kampung Melayu untuk membantu mengumpul dana bagi projek peningkatan ini.


Pembersihan akan dilakukan oleh para belia, dan merupakan juga sukarelawan masjid, dengan bimbingan Pegawai Pembangunan Belia (YDO), Ustaz Muhamad Irwan Saian.

Ustaz Muhamad Irwan menjelaskan, antara misi pembersihan kubur ini adalah mahu mendedahkan sukarelawan muda Masjid Alkaff Kampung Melayu kepada pengajaran agama sambil mereka mendapat iktibar daripada kisah-kisah benar dalam sejarah Islam.

“Selain membantu mengumpul dana bagi peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu, usaha kami bertujuan meraih manfaat sebaik mungkin, bak dalam peribahasa Melayu, ‘sambil menyelam minum air, di mana di sebalik membersih kubur, kami juga harap para belia kami dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah-kisah yang dikongsi dalam hadis Nabi atau cerita alim ulama tentang nikmat dan azab alam barzakh,” jelas Ustaz Muhamad Irwan.


Antara tanggungjawab yang dilakukan dalam projek pembersihan kubur ini adalah membersihkan kawasan kubur, memotong rumput, menukar kain pada batu nisan selain menyertakan nama arwah dalam majlis tahlil mingguan kendalian masjid.

Waris setiap kubur dikenakan bayaran $100 dan projek pembersihan kubur ini dijangka bermula pada 21 Oktober nanti.

“Kami menyediakan khidmat memotong rumput, mencuci dapur-dapur kubur, menukar kain pada batu nisan dan kami juga akan sertakan nama arwah dalam tahlil mingguan kami pada Khamis.

“Gambar sebelum dan selepas mencuci juga akan diberikan melalui kiriman WhatsApp kepada mereka yang mengambil khidmat kami. Program pembersihan kubur ini juga ibarat anda menderma sambil membersihkan kubur ahli keluarga atau insan tersayang yang telah meninggalkan kita,” tambah Ustaz Muhamad Irwan.

Menyentuh tentang program naik taraf yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, berkata pihak masjid mengalu-alukan sokongan orang ramai dan kerja peningkatan ini perlu dilakukan demi keselesaan jemaah, terutamanya warga emas yang tinggal di persekitaran kawasan masjid.

“Projek pembersihan kubur ini tercetus bagi menyokong projek pengumpulan dana untuk program naik taraf masjid, yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Kami berharap orang ramai akan memberikan sumbangan ikhlas dan terus menyokong projek-projek yang dikendalikan Masjid Alkaff Kampung Melayu ini,” ujar Ustaz Ustaz Mohd Taufiq.

CARA MENDERMA BAGI DANA PENINGKATAN MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU


1. Pemindahan bank OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg

2. Hantar cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

6. Bagi menyokong projek pembersihan kubur, orang ramai boleh mengimbas kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >