Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Galak ikuti kursus urus jenazah, jadi penderma tetap melalui Skim Pintar

Pendapatan daripada skim bantu pertingkat dana masjid
Dec 29, 2023 | 05:30 AM



Masjid Ar-Raudhah mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah serta menjadi penderma tetap masjid ini melalui Skim Pintar.

Pengurusan Jenazah Masjid Ar-Raudhah ditubuhkan pada 1997 dan merupakan satu-satunya masjid yang menawarkan khidmat pengurusan jenazah kelolaan pentadbirnya sendiri yang dipelopori pengerusi ketika itu, Encik Suparman Adam.

Khidmat lengkap yang dikendalikan termasuk sebuah van, bas pengiring dan segala keperluan asas pengurusan jenazah.

Menurut Penolong Ketua Pentadbir dan Operasi Masjid Ar-Raudhah, Encik Abdul Kadir Ali, pihak masjid kerap menganjurkan kursus pengurusan jenazah dan berkongsi ilmu tentang kepentingan fardu kifayah ini.

“Setiap tahun, Masjid Ar-Raudhah akan menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk masyarakat bagi memberi pengetahuan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kematian anggota keluarga mereka,” kata Encik Abdul Kadir.

Beliau yang telah 26 tahun bekerja di masjid ini berkongsi bahawa dengan mengikuti kursus anjuran masjid peserta akan pelajari bagaimana membantu orang yang sedang nazak dan perkara-perkara yang perlu dilakukan setelah kematian. Antaranya:

* Keluarga sentiasa berada disisinya.

* Mengajarkannya dengan tenang akan kalimah Tauhid dengan perkataan yang jelas.

* Mengingatkannya tentang rahmat Allah.

* Jika telah meninggal dunia, membahagikan tugas ahli keluarga untuk menghubungi doktor, pengurusan jenazah dan saudara-mara dan yang lain.

* Bagaimana menutup matanya jika terbuka diikuti dengan doa yang diucapkan Nabi saw dan merapatkan rahangnya jika mulutnya ternganga.


* Menanggalkan barang perhiasan yang ada di tubuhnya (seperti cincin, rantai, gigi palsu, kanta mata) dan menukar pakaiannya jika terdapat najis.

* Memohon permit pengebumian melalui wadah dalam talian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) (Surat Kematian, Kad Pengenalan pemohon).

* Segera menguruskan jenazah.

Kursus ini turut mengajar mengenai hukum-hukum perihal pengurusan jenazah seperti:

– Menutup aurat jenazah.

– Segera melunaskan hutang-hutang arwah.

– Berlemah lembut ketika memandikan jenazah.

– Tidak menyebarkan aib jenazah.

– Siapa yang berhak memandikan jenazah.

– Solatkan serta mengikhlaskan doa dan mengiringi jenazahnya ke kuburan.

– Adab ketika menghadiri pengebumian (Tidak membuat bising, mengingat akan kematian, menghayati talkin/tazkirah).

Untuk menjalankan kursus serta khidmat pengendalian jenazah ini, pihak masjid memerlukan sumbangan orang ramai.

Penderma Tetap Ar-Raudhah atau ringkasannya Skim Pintar telah beroperasi pada1998 dan ia menjadi salah satu sumber kewangan Masjid Ar-Raudhah.

“Segala sumbangan yang diderma ahli skim ini, pihak masjid pula menggunakannya untuk membiayai penyelenggaraan operasi dan pentadbiran masjid serta dalam bidang dakwah dan kebajikan seperti bil air dan elektrik, pembelian alat audio, habuan Imam serta Bilal, cukai jalan dan insurans van jenazah dan program untuk penerima zakat,” jelas Encik Abdul Kadir.

Jemaah boleh memilih untuk menderma $5 atau $20 (untuk satu keluarga) atau lebih setiap bulan, secara tetap melalui GIRO atau secara tunai. Selain daripada menerima ganjaran pahala terhadap sumbangan mereka daripada Allah swt, pihak masjid juga akan memberikan faedah kematian kepada ahli seperti diskaun $900 pengurusan jenazah dan potongan 20 peratus bagi mengikuti kursus anjuran Masjid Ar-Raudhah. Akan ada beberapa faedah yang bakal ditawarkan pada masa akan datang.


DERMA SECARA TETAP, JADI AHLI SKIM PINTAR


Bagi mereka yang ingin menderma secara tetap menerusi GIRO dan menjadi ahli Skim Pintar, sila hubungi pejabat masjid di talian 6361-0808 atau e-mel kepada amalina@arraudhah.mosque.sg

Pihak masjid turut membuka peluang kepada yang berminat dan komited untuk menyertainya sebagai pengurus jenazah atau tukang mandi mayat. Yang berminat, sila hubungi Encik Abdul Kadir Ali di talian 9833-7752 atau e-mel kepada abdulkadir@arraudhah.mosque.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >