Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH PERDAUS

Ibu hargai bimbingan berterusan dari Madrasah Perdaus

Jan 12, 2024 | 05:30 AM



Perasaan teruja dan ghairah menyelubungi diri Qisira Muhammad Fassillan, 12 tahun, ketika berada di atas pentas dalam majlis tamat pengajian Madrasah Perdaus pada 2023 lalu.

Dia memberi ucapan kerana terpilih sebagai salah seorang valediktorian kelas Darjah 6, dan menceritakan tentang bagaimana dia telah memanfaatkan pendidikannya di madrasah mingguan, kendalian Perdaus.


Ibunya, Cik Mardiana Abdul Rahim, 41 tahun, seorang guru, berkata:

“Semasa mendengar ucapannya, sebagai seorang ibu, saya sangat tersentuh tentang perkembangan Qisira.

“Saya sangat berterima kasih kepada asatizah yang mengajar serta menerapkan amalan Islam dalam kehidupan seharian mereka.”

Penerapan ini juga yang menarik Cik Mardiana untuk mendaftarkan anak-anaknya, Qisira, kini Menengah 1, dan Fierra, Menengah 3, ke Madrasah Perdaus sejak mereka belajar pada peringkat sekolah rendah lagi.

Beliau berkata:

“Saya terjumpa rencana di akhbar tentang program Madrasah Perdaus di mana pelajar diajar pengurusan jenazah dan dibawa ziarah ke pusara. Ini adalah kurikulum yang saya mahukan untuk anak-anak saya, yang menyediakan pendekatan ‘hands-on’ dan lawatan, supaya mereka beroleh pembelajaran yang lebih bermakna dalam asas agama.”

Madrasah Perdaus mengamalkan pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman dengan tujuan meningkatkan pemahaman agama di luar sekolah. Pendekatan pembelajaran seperti ini mempunyai kesan lebih mendalam pada pelajar, bermula daripada peringkat prasekolah, rendah, menengah, hingga program posmenengah Perdaus, seperti Sijil Pengajian Islam Belia (SPIB).

Mudirah Madrasah Perdaus, Ustazah Farhana Abdul Hamid, mengulas:

“Para pelajar menjalankan kegiatan dan perkhemahan nilai tambah yang bertujuan memberi pengisian lebih mendalam dan memberi konteks lebih mudah mereka hayati. Pendekatan sebegini membantu dalam membentuk individu Muslim yang tinggi kepercayaan diri dan berkaliber, selain memupuk keyakinan dan ukhuwah antara pelajar.”

Cik Mardiana juga sangat menghargai pengalaman yang dilalui anak-anaknya dalam perkhemahan tahunan Bunayya untuk pelajar peringkat rendah, dan bengkel pengurusan jenazah untuk pelajar menengah.

“Madrasah Perdaus menjadikan pembelajaran dan pemahaman tentang Islam dengan cara sangat ‘hands-on’, sangat relevan dan juga sangat realistik dan menarik. Saya sebenarnya telah banyak belajar melalui anak-anak saya juga.

Di sini, anak-anak belajar tentang nilai-nilai Islam dan amalan yang harus ada dalam diri setiap Muslim dan Muslimah, terutamanya dalam masyarakat semasa kini,” tambahnya.

Perdaus, sebagai sebuah badan amal yang menyediakan khidmat pendidikan agama dan juga dakwah, menerima zakat dan derma.

Sumbangan daripada masyarakat banyak membantu Perdaus dalam kos operasi, program, dan lain-lain lagi, termasuk membantu keluarga berpendapatan rendah melunaskan yuran program Madrasah Perdaus dan kursus agama.

Anda boleh melawat laman sosial Perdaus atau lungsuri perdaus.org.sg bagi mendapatkan maklumat terkini tentang program-program yang dikendalikan.

Untuk menyumbang derma dan zakat harta, sila ke http://bit.ly/zakatperdaus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >