Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

HALIJAH TRAVELS

Jemaah haji dinasihat buat persiapan rohani dan fizikal

Nov 28, 2023 | 05:30 AM



Seperti tahun-tahun sebelum ini, Halijah Travels menumpukan perhatian untuk menyediakan pakej haji yang bermutu dengan harga berpatutan.

Menurut Pengurus Umum Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, rata-rata kos penginapan di Tanah Suci telah meningkat, terutamanya sejak jemaah dari seluruh pelosok dunia mula kembali mengerjakan ibadah umrah dan haji, selepas pandemik pulih.

PENGINAPAN BERDEKATAN MASJID

Dengan penambahan bilangan jemaah umrah dan haji, permintaan untuk penginapan bermutu serta jarak yang berhampiran dengan kedua-dua masjid di tanah suci juga turut meningkat.

Justeru, Halijah Travels berusaha menyediakan pakej haji yang terbaik, terutamanya dari segi penginapan jemaah.

Encik Haffidz berkata: “Hotel bagi jemaah haji kami di Makkah adalah Makkah Hotel dan di Madinah pula Oberoi. Kedua-duanya bertaraf lima bintang, bermutu tinggi dan berdekatan dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Kami syorkan jemaah merujuk peta Makkah dan Madinah yang kami sediakan di laman web rasmi (https://halijah.com.sg) untuk mendapat pandangan yang lebih jelas tentang kedudukan hotel yang ditawarkan.

“Selain itu, harga tiket penerbangan yang kami tawarkan pula amat berpatutan dan tidak dikenakan harga yang tinggi, sesuai dengan kos asas yang ditawarkan syarikat penerbangan kepada kami.”

TINGKATKAN KECERGASAN

Encik Haffidz juga menasihati agar jemaah yang akan berangkat bersedia dari segi jasmani dan rohani.

Ibadah haji adalah ibadah amali (fizikal) yang memerlukan kecergasan serta tahap kesihatan yang baik.

Banyak pergerakan sepanjang perjalanan diperlukan seperti jemaah perlu berjalan melebihi 3 kilometer (km) dalam ibadah sai.

Ditambah pula ibadah tawaf dan melontar jamrah yang memerlukan daya tahan berjalan dan bergerak di tengah-tengah keadaan yang sesak dan berpusu-pusu.

Selain itu, sebilangan besar jemaah juga akan melalui perubahan rutin harian yang berbeza daripada kebiasaan di Singapura.

Jemaah akan kerap bersolat harian berjemaah dan perlu berjalan ulang-alik ke masjid setiap waktu.

Dalam pada itu, jemaah akan dijamu jamuan bufet yang pasti menyelerakan, sebanyak tiga kali sehari di penginapan yang disediakan.

Sebagai persiapan, jemaah dinasihatkan mula rajin bersenam dan sentiasa menjaga kesihatan diri.

Jika ada penyakit sedia ada, jemaah perlu kerap memantau kesihatan dan mematuhi rawatan agar dapat beribadah dengan sebaik mungkin.

Halijah Travels juga akan bekerjasama dengan pihak berkenaan seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) serta para doktor yang berpengalaman untuk membimbing dan memberi nasihat yang sesuai kepada jemaah haji, khususnya tentang cara mempersiap diri untuk menjalani ibadah haji yang mencabar.

PERSEDIAAN JEMAAH KUOTA TAMBAHAN

Bagi jemaah yang menanti peluang kuota tambahan (jika diberi peluang pada saat terakhir), Encik Haffidz mengesyorkan agar mereka melakukan dua perancangan asas.

“Pertama, ikuti kursus manasik haji daripada awal agar bersedia, jika dijemput dalam masa yang amat singkat.

“Kedua, mereka harus bersiap dengan garis waktu sendiri. Mereka perlu pertimbangkan tempoh dan batasan waktu untuk memohon cuti kerja, serta urusan dan perihal keluarga yang bakal ditinggalkan, mungkin dalam masa yang amat singkat.

“Jika tawaran kuota haji (tambahan) diberikan pada waktu yang melintasi garis waktu yang ditetapkan sendiri, maka wajarlah jemaah tersebut tidak terburu-buru menerimanya.

“Biarlah ibadah haji dapat dilakukan dengan keadaan yang tenang, berlandaskan persiapan rohani dan mental serta urusan perihal keluarga yang telah dirancang lebih awal.

“Peluang menunaikan haji mungkin hanya datang sekali seumur hidup. Oleh itu, jemaah disarankan supaya melakukan perancangan awal. Apabila ditawarkan tempat, lakukan penilaian secara objektif, sebelum menempah pakej haji. Biarlah pakej yang ditempah sesuai dengan cita rasa, serta kemampuan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >