Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pritam lantik mantan pendakwa raya sebagai peguam bela

Apr 17, 2024 | 03:46 PM



Ketua pembangkang, Encik Pritam Singh (gambar), telah melantik mantan pendakwa raya, Encik Andre Jumabhoy, sebagai peguam belanya untuk kes membabitkan dua tuduhan membohongi jawatankuasa parlimen.

Menurut kemas kini di laman sesawang mahkamah pada 15 April, Encik Jumabhoy disertai Encik Aristotle Emmanuel Eng Zhen Yang daripada firma guaman Encik Jumabhoy.

Satu sidang praperbicaraan telah diadakan pada 17 April, dan kes Encik Pritam telah ditangguhkan kepada 31 Mei untuk satu lagi sidang praperbicaraan.

Laman web, LinkedIn Encik Jumabhoy menunjukkan beliau pernah bertugas di Pejabat Peguam Negara (AGC) antara 2011 dengan 2016.

Pada masa itu, beliau adalah pendakwa raya bagi kes rasuah seks melibatkan seorang bekas profesor undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS), lapor The Straits Times.


Encik Pritam, ketua Parti Pekerja (WP), didakwa pada 19 Mac dengan dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa parlimen.

Pertuduhan beliau berkaitan dengan keterangannya di hadapan jawatankuasa itu, yang telah diadakan pada November 2021 untuk meneliti kontroversi pembohongan melibatkan bekas Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Raeesah Khan.

Pada 1 Nov 2021, Raeesah mengaku berbohong dalam persidangan terdahulu di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya disalah urus oleh polis. Dia meletak jawatan pada 30 Nov 2021.

Jawatankuasa parlimen memanggil Encik Pritam sebagai saksi, dan kemudian mendakwa pemimpin WP itu tidak jujur biarpun semasa di bawah sumpah sewaktu perbicaraan tersebut.

Jawatankuasa parlimen kemudian mengesyorkan agar beliau dan naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut dengan tujuan mempertimbangkan prosiding jenayah, yang kemudian disahkan oleh Parlimen.

Dalam kertas pertuduhannya, Encik Pritam didakwa memberi jawapan palsu kepada soalan jawatankuasa pada 10 dan 15 Disember 2021.

Pada satu ketika, beliau didakwa berkata bahawa selepas pertemuan pada 8 Ogos 2021, antara beliau dengan Cik Khan dan pemimpin WP, Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal, beliau mahu Cik Khan menjelaskan di Parlimen bahawa apa yang beliau katakan pada 3 Ogos tentang mengiringi mangsa rogol ke balai polis adalah tidak benar.

Dalam dua kesempatan lain, beliau didakwa berkata semasa pertemuan dengan Cik Khan pada 3 Oktober 2021, bahawa beliau telah memintanya supaya berterus terang mengenai pembohongannya jika isu itu dibangkitkan di Dewan pada 4 Oktober.

Berbohong kepada jawatankuasa parlimen dianggap sebagai kesalahan jenayah dan boleh membawa hukuman denda maksimum $7,000 dan penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >