Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Lelaki bebas daripada tuduhan cabul wanita di Grand Prix S’pura

Apr 03, 2024 | 05:05 PM



Seorang lelaki yang dituduh mencabul seorang wanita berusia 20 tahun semasa Grand Prix Singapura pada 2023 telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut pada 1 April.

Ini bermakna warga Britain, Encik George Ernest Hyde, 37 tahun, tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.

Ini berlaku selepas kes itu dikompaun, satu proses yang memerlukan persetujuan dengan mangsa untuk mendapatkan pampasan, biasanya dengan bayaran atau permohonan maaf.

Sebelum bersetuju dengan syarat tersebut, pendakwa raya juga antara lain perlu mempertimbangkan keadaan kesalahan dan kepentingan awam.

Di bawah undang-undang, hanya kesalahan tertentu boleh dikompaun, seperti menyebabkan kecederaan dan mencabul kehormatan.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Jabatan Peguam Negara memberitahu The Straits Times (ST):


“Setelah menyemak fakta dan keadaan kes, serta dengan persetujuan pengadu, pihak pendakwaan bersetuju dengan permintaan tertuduh agar perkara itu dikompaun.

“Selepas kompaun itu dilaksanakan, mahkamah membenarkan tertuduh dilepas serta dibebaskan pada 1 April.”

Encik Hyde dituduh mencabul wanita itu di atau di sepanjang Connaught Drive sekitar 10.30 malam, pada 16 September 2023.

Beliau dan warga Ireland, Alan Michael Donoghue, 37 tahun, pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada November 2023.

Donoghue dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan lima minggu pada 23 Februari selepas dia mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan menyerang.

Dia bersama Encik Hyde dan dua rakan lain berada di Padang untuk menonton perlumbaan dan konsert F1 pada 16 September 2023.

Mereka bertolak dari Padang sekitar 10.30 malam dan mula berjalan di sepanjang Connaught Drive.

Seorang lelaki berusia 25 tahun dan tiga rakannya sedang berjalan ke arah bertentangan pada masa yang sama.

Ekoran percaya melihat Encik Hyde menyentuh salah seorang rakannya, lelaki itu segera bersemuka dengannya.

Melihat kekecohan yang berlaku, Donoghue menolak lelaki berusia 25 tahun itu yang jatuh ke tanah dan menumbuk mukanya berkali-kali.

Bagi mencabul kehormatan, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, dirotan atau gabungan hukuman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >