Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Penduduk Tengah kecewa, pendingin belum dipasang walau dapat kunci rumah

Dec 31, 2023 | 03:06 PM



Penduduk bandar baru Tengah, Cik Julie Tan terpaksa menangguh kerja ubah suai flat barunya selama lebih setengah bulan, kerana sistem pendinginan pusat masih belum dipasang apabila beliau mendapat kunci flat lima biliknya pada November.

Cik Tan, 49 tahun, berkata beliau terkejut apabila firma elektrik dan gas milik negara, SP Group, yang mengurus sistem pendinginan di bandar Tengah, memaklumkannya bahawa kerja pemasangan sistem itu tidak dapat disiapkan pada waktunya.

Beliau menghubungi firma itu di pusat khidmat pelanggannya di HDB Hub di Toa Payoh pada 27 November, selepas mendapat kunci rumahnya pada hari itu, kerana tertanya-tanya mengapa beliau belum diminta untuk membayar pemasangan sistem itu.

“Mereka berkata kerja pemasangan akan mengambil masa lagi dua hingga empat minggu. Kami ingin berpindah sebelum Tahun Baru Cina, tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana kami hanya boleh mulakan ubah suai rumah selepas ia dipasang,” kata eksekutif akaun itu kepada The Straits Times (ST) pada 13 Disember.


ST difahamkan, kerja pemasangan sistem pendinginan yang belum siap itu menjejas sekurang-kurangnya tujuh flat di bandar Tengah, melibatkan satu blok dalam projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO), Plantation Acres.

Menjawab pertanyaan ST, SP Group dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengesahkan bahawa pemasangan sistem itu belum selesai bagi “sebilangan kecil” flat, tanpa menyatakan bilangan flat atau blok yang terjejas.

Jurucakap SP Group berkata HDB mempunyai jadual pembinaan yang dipercepat untuk menyerahkan flat kepada penduduk, menyusuli kelewatan disebabkan pandemik Covid-19.

Akibatnya, rakan kongsi pemasangan SP Group, Daikin, tidak dapat menyelesaikan pemasangan unit gegelung kipas atau fan coil units sebelum tarikh pengambilan kunci.


Plantation Acres, yang dilancarkan pada Mei 2019, pada mulanya dijangka siap pada separuh kedua 2022.

Ditanya sebab kunci rumah diserahkan sebelum kerja pemasangan itu selesai, seorang jurucakap HDB menjelaskan walaupun SP Group memerlukan lebih masa, HDB mengutamakan penyerahan kunci kepada pemilik rumah mengikut tarikh siap agar mereka boleh berpindah ke rumah baru secepat mungkin.

Oleh itu, ia tidak dapat memenuhi jadual kerja SP Group, tambahnya.

Selepas pengambilan kunci, masa tambahan empat minggu diperlukan untuk Daikin memasang unit itu, dan bekerjasama dengan SP Group untuk mengujinya, menurut SP Group.

Sebelum ini, HDB mengumumkan penduduk Tengah bakal mempunyai pilihan menggunakan sistem pendinginan pusat bagi flat mereka. Penduduk yang memilih mendapatkan khidmat itu akan dapat menjimatkan tenaga berbanding mengguna sistem penyaman udara biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >