Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pesakit punya pilihan dijaga pasukan perubatan di rumah tanpa dirawat di hospital

Sep 29, 2022 | 09:27 PM



SESETENGAH pesakit kini mempunyai pilihan untuk pulih di rumah dan bukan di wad hospital dengan bantuan pasukan perubatan bergerak.





Selain membolehkan mereka pulih di tempat yang biasa untuk mereka, usaha itu juga diharap dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan katil di hospital.



Sehingga 2,000 pesakit boleh dirawat di rumah bagi dua tahun mendatang dalam satu ujian perintis.



Dinamakan ‘Mobile Inpatient Care @ Home’ (MIC@Home), program tersebut kini terdapat di tiga tempat iaitu di Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS@Home), Hospital Besar Singapura (SGH@Home) serta Yishun Health Medical Home. Setiap hospital mempunyai pasukan khas yang dilatih menjaga pesakit di rumah.



Model penjagaan baru yang diumumkan semalam itu meningkatkan tahap keselesaan pesakit, mengurangkan jangkitan yang diperoleh dari hospital, mempertingkat kecekapan tenaga manusia serta menambah jumlah katil tanpa perlu menyediakan lebih banyak wad pesakit di hospital.



Ini lebih-lebih lagi penting sedang penduduk negara ini kian menua hingga mendorong permintaan lebih tinggi bagi penjagaan dalam hospital, namun tiada tenaga manusia yang mencukupi untuk berkhidmat di wad hospital.



Sedang penyediaan penjagaan kesihatan terus beralih dari hospital ke rumah dan masyarakat, Pengurus kanan dan pemimpin projek MIC@Home, Encik Lai Yi Feng, berkata perubahan struktur serta penyusunan semula penyampaian penjagaan adalah penting.



“Kami sedar (model penjagaan) ini bukan bagi semua orang dan terdapat pesakit yang masih memilih untuk dijaga dalam sekitaran hospital. Kami perlu berusaha mengubah pemikiran pesakit ini,” ujarnya.



Pesakit yang sesuai bagi aturan ini termasuk mereka yang menghidap penyakit umum seperti jangkitan kulit, jangkitan saluran kencing (UTI) atau Covid-19.



Mereka akan dijaga sepasukan doktor, jururawat, ahli farmasi dan ahli terapi menerusi telekonsultasi dan lawatan ke rumah.



Pesakit akan menerima penjagaan klinikal serupa dengan di hospital seperti ubat intravena dan ujian darah serta akses 24 jam sehari kepada pasukan penjagaan itu sehingga mereka sesuai ‘keluar dari hospital’.



Sekiranya keadaan pesakit bertambah teruk, beliau boleh dipindahkan ke hospital.

Percubaan perintis sebelum ini menunjukkan bahawa model penjagaan di rumah itu adalah berkesan dan selamat bagi pesakit tertentu.



Dengan kejayaan percubaan awal itu, Pejabat bagi Transformasi Penjagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengembangkannya, kali ini dengan disokong MOH.



Pesakit di bawah model jagaan ini juga akan menerima subsidi serupa dengan mereka yang dirawat di hospital dan mereka boleh menjangkakan bil hospital yang serupa jika mereka dirawat di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >