Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PM Lee, Presiden Jokowi adakan mesyuarat di Bintan sempena Rahat Pemimpin

Jan 25, 2022 | 02:28 PM



dari Bintan



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong tiba di Bintan pagi Selasa (25 Jan) bagi menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihoskan oleh Presiden Joko 'Jokowi' Widodo.



Kedua pemimpin itu telah mengadakan perbincangan dan mengadakan sidang taklimat media bersama.



Semasa Rahat Pemimpin sehari itu, Encik Lee dan Encik Widodo menyaksikan penandatanganan dan pertukaran set perjanjian yang dirundingkan bagi asas 'Rangka Kerja Perbincangan' semasa Rahat Pemimpin pada 2019.



Perjanjian-perjanjian itu ialah Perjanjian bagi Penjajaran semula Sempadan antara Rantau Maklumat Penerbangan Jakarta (FIR) dan FIR Singapura; Perjanjian Ekstradisi Pelarian; Perjanjian Bersama Kenyataan antara Menteri Pertahanan mengenai Perjanjian Kerjasama Pertahanan 2007 dan Aturan Pelaksanaan antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Bersenjata Indonesia (kini disebut Angkatan Pertahanan Nasional Indonesia) bagi Kawasan Latihan Ketenteraan di Indonesia, serta Pertukaran Surat Janji bagi melaksana perjanjian itu secara serentak.



Dua pemimpin itu juga mengesahkan pengumuman beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani sebelum rahat itu, termasuk dalam kerjasama kewangan dan ekonomi, perkembangan ekonomi hijau dan ekonomi 'circular' (model mengitar semula barangan), kerjasama bekalan tenaga, dan pembangunan modal insan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >