Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HASANAH

Program berbasikal dan tazkirah sulami gaya hidup sihat jemaah

Dec 08, 2023 | 05:31 AM



Masjid Hasanah telah mengadakan kegiatan mengayuh basikal ‘Riyadah dan Tazkirah’ bersama jemaah Muslimin Hasanah pada 19 November 2023 bagi mewujudkan serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Program yang diterajui Pegawai Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Fazli Naim, ini mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Ustaz Fazli, beliau sangat bersemangat dan seronok mengetuai sukarelawan Muslimin, yang masing-masing menyumbang untuk menjayakan kegiatan ini.

Program ‘Riyadah dan Tazkirah’ kali ini diisi dengan kegiatan berbasikal dan pengisian rohani seperti tazkirah agar kedua-duanya, iaitu kekuatan badan dan agama dapat dipelihara.

Ustaz Fazli juga menerangkan, program ‘Riyadah dan Tazkirah’ akan dijalankan setiap sebulan sekali kerana ia memberi manfaat kepada setiap peserta.

Salah seorang jemaah yang mengikuti program tersebut ialah Encik Deni Suryadi, jurutera berusia 43 tahun. Beliau berkata beliau gembira kerana dengan adanya program sebegini, beliau dapat menjaga kesihatan dan mengenali rakan baru dalam kalangan jemaah masjid.

Seorang lagi peserta, Encik Shammizan Dolkapa, 49 tahun, turut berbesar hati, gembira dan terhibur kerana program ini amat baik dan ia dapat memberi peluang kepada jemaah mempromosikan Masjid Hasanah, di samping mengenali masjid-masjid lain di Singapura.

Encik Shammizan juga menggalakkan lebih ramai lagi jemaah menyertai dan menyokong program yang dianjurkan Masjid Hasanah bagi memakmurkan masjid.

Menurut Ketua Jabatan Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Badrussalam D’jaffar, seseorang itu tidak harus terlalu sibuk mengejar nikmat kekayaan, sehingga melupakan nikmat terbesar yang dikurniakan Allah swt selama ini iaitu kesihatan.


Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda: “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman).”


Ustaz Badrussalam menerangkan, selain kesihatan, harta yang paling penting ialah harta yang diwakafkan ke jalan Allah swt.


Oleh itu, beliau mengalu-alukan sumbangan daripada jemaah agar terus menyumbang melalui infak atau wakaf, kerana ia merupakan suatu amal soleh, yang pahalanya akan diberi secara berterusan oleh Allah swt, selagi harta yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang lain.


HULUR SUMBANGAN


Cara menyumbang kepada dana masjid:

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang ‘rujukan’ dengan ‘wakaf’ atau ‘infak’. Jika anda inginkan resit, isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Hantar cek atas nama “LPM Hasanah”. Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.

4. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, dari Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 tengah hari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >