Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HASANAH

Projek naik taraf baiki bumbung,ubah suai ruang solat

Oct 13, 2023 | 05:30 AM



Kira-kira 50 tahun lalu, sebuah kampung yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Java Teban, telah bertukar nama secara rasmi kepada Teban Gardens. Setelah berlakunya pembangunan semula di kawasan tersebut, Masjid Hasanah menjadi masjid yang turut dibangunkan di tapak sedia ada pada 1971.

Pada waktu ini, Masjid Hasanah sedang memerlukan kerja pengubahsuaian bagi memberi kemudahan dan keselesaan berterusan kepada jemaah masjid.

Ketua Operasi Masjid Hasanah, Ustaz Shawafi Osman, berkata Masjid Hasanah akan menjalankan program Projek Naik Taraf Masjid Hasanah bermula 9 Oktober 2023, dengan matlamat memenuhi keperluan penyelenggaraan dan pembaikan masjid.

“Kemudahan dan prasarana di dalam dan luar masjid didapati semakin usang, berikutan temboknya yang bocor dan muka bangunan hadapan masjid mengalami pemudaran. Justeru, projek ini bakal membaik pulih beberapa prasarana seperti bumbung masjid, pengubahsuaian ruang solat, serta memperbaiki keadaan luaran dan dalaman masjid.

“Bukan itu sahaja, malah projek yang dibahagikan kepada empat fasa dan dijangka berjalan selama 15 hingga 18 bulan ini, juga dapat memberi keselesaan serta keselamatan kepada jemaah yang hadir di Masjid Hasanah,” kata Ustaz Shawafi.

Walaupun kerja penyelenggaraan akan berlangsung, ia tidak mengganggu Masjid Hasanah mengatur pelbagai program keagamaan untuk masyarakat Islam di sini.

Penolong Eksekutif Operasi di Masjid Hasanah, Encik Syamsul Arifin Hamzah, memberitahu Berita Harian (BH) pula, apabila kerja peningkatan dilakukan kelak, kelas-kelas ukhrawi tetap berjalan lancar seperti biasa, cuma ada sedikit perubahan pada ruang dan kedudukan kelas yang disediakan.


Pungutan derma ke rumah turut disediakan bagi warga senja yang ingin menyumbang kepada pihak masjid.

“Selama kerja membaik pulih dilakukan, kuliah agama dan kegiatan tertentu masih diteruskan, namun ada sedikit perubahan dari segi tempat dan ruang yang digunakan.

“Selain itu, Masjid Hasanah juga akan mengadakan program pembersihan beramai-ramai bersama jemaah, sukarelawan dan pekerja migran termasuk warga Bangladesh bagi membersihkan kawasan masjid, sekali gus mengeratkan silaturahim dan mewujudkan sikap membantu antara satu sama lain.

Program Siri Syarahan Ke Masjid-Masjid Singapura juga akan dianjurkan untuk menyemarakkan lagi program dakwah Islamiah di Singapura. Dalam usaha menyemarakkan masjid dilanjutkan, sumbangan berterusan daripada masyarakat Islam amat dihargai dan diperlukan bagi mengumpul dana seperti sumbangan wakaf, tabung derma di kedai-kedai dan tabung keluarga.

“Bagi warga emas yang tidak mampu ke masjid, pegawai kami turut menyediakan khidmat pengambilan wakaf dari rumah bermula daripada $500 ke atas,” jelas Encik Syamsul Arifin.

Ketua Jabatan Korporat dan Kewangan Masjid Hasanah, Cik Junainah Kasmuri, menerangkan bahawa jumlah kos keseluruhan Projek Naik Taraf Masjid Hasanah kini mencecah anggaran $10 juta disebabkan kenaikan kos yang tinggi.

Oleh yang demikian, pihak Masjid Hasanah amat berharap jemaah dan masyarakat Islam amnya akan terus menyumbang dan menyokong Projek Naik Taraf Masjid Hasanah untuk melihat pembaharuan serta meningkatkan keselesaan jemaah, terutamanya warga emas yang sudah lanjut usia, di samping melestarikan program-program keagamaan di masjid ini.

CARA MENYUMBANG KEPADA DANA MASJID HASANAH


1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang ‘rujukan’ dengan ‘wakaf’ atau ‘infak’. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Hantarkan cek atas nama “LPM Hasanah”. Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirimkan.

4. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 tengah hari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >