Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

SPH Media beli wadah berita teknologi Tech in Asia

Wadah berita digital rangkaian Asia Tenggara merangkumi kandungan dan acara
Nov 01, 2023 | 03:43 PM



SPH Media telah bersetuju untuk memperolehi sepenuhnya wadah berita teknologi yang berpangkalan di Singapura, Tech in Asia (TIA), untuk jumlah yang tidak didedahkan, kerana ia ingin membina penerbitan akhbar The Business Times (BT) sebagai pemain serantau.


TIA adalah salah satu perintis media teknologi di Asia Tenggara, menurut SPH pada Rabu.

Penerbitan berita digital itu meliputi berita tentang syarikat pemula dan modal teroka untuk pangkalan pengguna yang segolongan besar berada di Asia Tenggara, India dan Amerika Utara. Ia mempunyai rangkaian acara rantauan dan pelanggan korporat di pelbagai pasaran.

Pemerolehan itu akan mempercepatkan matlamat BT untuk menjadi sumber berita perniagaan dan teknologi yang boleh dipercayai bagi pelabur, pembuat urus niaga, perusahaan dan pembaca yang mempunyai minat di Asia Tenggara, kata editor BT, Cik Chen Huifen.

“Asia Tenggara adalah sebuah rantau yang sedang berkembang, merangkumi syarikat permulaan dinamik dan kisah-kisah pendigitalan,” katanya. “Kami mencari peluang untuk mencipta wadah bagi berita perniagaan dan teknologi untuk berkhidmat kepada pembaca sedia ada dan baru yang mencari maklumat tentang syarikat, trend dan pandangan dalam pasaran bertumbuh ini.”

“Cik Chen berkata perniagaan pelbagai TIA di Asia Tenggara – terutama bahagian acaranya dan kehadiran Indonesia – akan mengukuhkan tawaran BT untuk pelanggan dan klien korporat.

“Dengan Singapura dan negara serantau beralih menuju ekonomi digital dan pendigitalan, kami lihat teknologi sebagai tema jangka panjang pada tahun-tahun akan datang,” kata Cik Chen.

BT, ditubuhkan pada 1976, adalah satu-satunya akhbar harian kewangan Singapura. Ia menawarkan berita dan ulasan tentang pasaran awam, kekayaan, hartanah, gaya hidup dan perusahaan kecil dan sederhana di Singapura, Asia Tenggara dan seluruh dunia.

Penerbitan itu telah membina kehadiran serantau sejak tiga tahun lalu dengan wartawan di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

“Apabila bersatu dengan kekuatan dan keupayaan BT dan TIA, kededua wadah berita itu membentangkan cadangan perniagaan yang menarik di Asia, berpaksikan kewartawanan yang baik,” kata Ketua Editor Kumpulan Media bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil SPH, Encik Wong Wei Kong.

“Bagi SPH Media, pemerolehan ini adalah langkah strategik yang membolehkan kami menawarkan pembaca kami dengan produk dan perkhidmatan lebih komprehensif.”

BT dan TIA akan kekal menjadi jenama berasingan dalam jangka masa terdekat. Kededua pihak akan berkaitan rapat dengan satu sama lain sementara menerokai peluang untuk berkembang.

TIA ditubuhkan pada 2010 oleh Encik Willis Wee, yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TIA. Ia mempunyai sekitar 90 kakitangan yang berpangkalan di Singapura, Indonesia dan negeri lain di Asia.

Acara utama TIA termasuk Persidangan Tech in Asia, yang menarik sekitar 4,500 peserta pada Oktober 2023. Pada tahun lalu, syarikat itu menganjurkan melebihi 60 acara fizikal dan secara dalam talian merentasi enam pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >