Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

8 akan bersaing bagi rebut jawatan Naib Presiden Umno

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kempen bagi pemilihan pucuk pimpinan Umno bermula sebaik pencalonan bagi merebut semua jawatan dalam parti itu, kecuali Presiden dan Timbalan Presiden, yang dibuka sejak 1 Februari lalu, melabuhkan tirainya jam 5 petang Ahad.



Lapan pemimpin sah akan merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 18 Mac.



Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.



Beliau mengesahkan tidak menghantar borang pencalonannya bagi mempertahan kedudukan yang disandangnya sejak 2018 itu.



"Betul (tidak pertahan). Tutup pencalonan jam 5 (petang Ahad)... saya masih belum hantar," katanya kepada Berita Harian (BH), di sini.



Mantan perdana menteri itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung sebab keputusan itu diambil.



Dua penyandang jawatan naib presiden Umno, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, akan bertanding.



Sementara enam pemimpin lain yang bertanding untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; mantan Menteri Besar Johor yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.



Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, pula menjadi calon wanita tunggal yang mencabar jawatan nombor tiga parti itu.



Sebanyak 74 pencalonan diterima bagi merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.



Kerusi Ketua Wanita Umno menyaksikan persaingan satu lawan satu di antara Datuk Dr Noraini Ahmad dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.



Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata daripada jumlah itu, 55 daripadanya adalah calon muka baru.



Bagi Exco Wanita pula, 39 muka baru daripada 55 pencalonan dan untuk Pemuda, seramai 44 muka baru daripada 45 orang yang sudah mengesahkan pencalonan masing-masing.



Sekitar 11,400 calon sudah pun mendaftarkan diri untuk bertanding di peringkat pusat dan juga bahagian di seluruh negara,



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan jumlah calon yang ramai tampil untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini membuktikan demokrasi dalam Umno semakin subur - berbeza dengan senario pada 2018 yang menyaksikan ahli seolah-olah kurang berminat terhadap pemilihan ketika itu.



Ini, baginya, menunjukkan mereka yang tampil untuk bertanding kali ini melihat Umno terus mempunyai masa depan.



"Apabila ramai orang berminat untuk bertanding jawatan pada pemilihan Umno, itu bermakna demokrasi dalam Umno semakin subur," ujarnya yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin.



Terdahulu, PAU 2022 meluluskan usul supaya dua jawatan tertinggi parti itu iaitu presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti kelak - demi menjaga perpaduan Umno.



Mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT Umno akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.



Umno pertama kali menangguhkan pemilihannya yang sepatutnya diadakan pada 2021 sehingga tempoh 18 bulan, berakhir Disember 2022.



Namun pada akhir tahun lalu, Umno meminda Fasal 10.16 perlembagaannya dan membenarkan penangguhan sekali lagi pemilihan iaitu enam bulan selepas pilihan raya peringkat Dewan Rakyat dengan tarikh akhir pemilihan mesti dilakukan pada 19 Mei ini. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >