Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ajaran sesat di Kenya: Puluhan mayat ditemukan

May 14, 2023 | 05:28 PM



KENYA: Pihak berkuasa menemukan 22 lagi mayat susulan pencarian mangsa pengikut ajaran sesat yang memuja hari kiamat di hutan Shakahola, di sini, pada Sabtu.



Penemuan itu menjadikan jumlah kematian akibat ajaran sesat itu yang dianggap salah satu tragedi terburuk di negara ini kepada 201 orang.



Seorang pesuruhjaya wilayah, Rhodah Onyancha, berkata, pasukan forensik menggali 22 mayat hari ini, tetapi tidak melaporkan sebarang aktiviti menyelamat.



"Seorang lagi suspek ditangkap menjadikan keseluruhan mereka yang ditahan susulan kematian itu kepada 26 orang," katanya kepada wartawan di hutan Shakahola di barat daya negara di mana pencarian diteruskan



Sepanjang minggu ini, pihak berkuasa menggali kubur cetek yang bertaburan dalam hutan untuk mengesan mayat dan menyelongkar kawasan itu untuk mencari kemungkinan ada mangsa yang terselamat berikutan ratusan lagi masih dilaporkan hilang.



Pada Jumaat, 29 mayat ditemui termasuk 12 kanak-kanak dalam satu kubur.



Sebelum itu pada Rabu, mahkamah Kenya menafikan ikat jamin kepada Paul Mackenzie, pemimpin Good News International Church, yang didakwa mengarahkan pengikutnya bersama anak-anak mereka berlapar sehingga mati supaya dapat ke syurga sebelum dunia berakhir. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >