Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran cuaca bahaya, hujan lebat dijangka berterusan di Johor

Jan 11, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berterusan di Johor sehingga hari ini.



MetMalaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat di Johor ialah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.



Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan turut diramal berlaku di Segamat dan Mersing.



Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok turut dikeluarkan bagi Pahang yang melibatkan daerah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta Tangkak dan Muar di Johor.



Keadaan cuaca sama juga diramal sehingga hari ini melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak; Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat di Sabah serta Labuan.



Dalam pada itu, Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan hujan lebat tidak berhenti sejak malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing dinaiki air semula.



Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi berkata penduduk yang tinggal bersebelahan Sungai Johor di Kota Tinggi dipindahkan sejak tengah hari semalam, berikutan kebimbangan air sungai melimpah semula.



Pemantauan berterusan masih dilakukan di Sungai Johor yang kini menghampiri tahap amaran, berikutan hujan lebat yang tidak berhenti sejak hampir 12 jam.



"Penduduk Taman Aman, Taman Mawai dan Kampung Kelantan, bersebelahan Sungai Johor, dipindahkan secara berperingkat ke pusat pemindahan sementara berikutan air sungai itu melimpah semula.



"Pemindahan penduduk dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan banjir gelombang pertama tempoh hari berlaku sangat pantas dengan air Sungai Johor melimpah laju sehingga banyak penempatan ditenggelami air dan laluan terputus," katanya.



Semalam, penduduk yang terjejas di Temerloh, Pahang, dikunjungi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau menekankan keperluan mengurus mangsa dalam pascabanjir, khususnya membantu mereka yang mengalami kerosakan rumah selain prasarana awam. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >