Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran cuaca ekstrem sepanjang mudik

Apr 08, 2024 | 12:35 PM



JAKARTA: Hampir 200 juta rakyat Indonesia yang dijangka “pulang kampung” atau mudik untuk percutian Aidilfitri, berdepan risiko cuaca ekstrem yang lebih tinggi dalam perjalanan mereka, pihak berkuasa memberi amaran pada 7 April.


Laluan pengangkutan darat dan laut yang sibuk di negara itu, menampung apa yang dijangka mencatatkan angka paling tinggi mudik tahun 2024 ini.

Perjalanan dijangka memuncak pada hujung minggu di tengah-tengah musim hujan yang teruk yang telah menyaksikan banjir kilat, tanah runtuh dan bencana alam lain.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meminta orang ramai yang mudik pada 7 April supaya berwaspada dengan kemungkinan cuaca ekstrem seperti ribut petir di seluruh Jawa Tengah, koridor utama untuk perjalanan “pulang kampung.”

“Kawasan di Jawa Tengah yang berpotensi dilanda cuaca ekstrem pada Isnin (8 April), termasuk Cilacap, Boyolali, Pemalang dan sekitarnya,” kata Encik Teguh Wardoyo, ketua pasukan teknikal BMKG, di Cilacap pada Ahad, seperti dipetik agensi berita Antara.


Banjir kilat dan tanah runtuh telah melanda wilayah di seluruh Indonesia sepanjang musim hujan sejak awal tahun. Musim ini berterusan di beberapa bahagian negara, menurut laporan akhbar The Jakarta Post.


Dengan cuti Aidilfitri yang dijadualkan jatuh pada 9 April atau 10 April, BMKG telah memberi amaran kepada pengembara mudik supaya berhati-hati dengan banjir pantai.

Agensi itu menjangka pantai utara Jawa Tengah akan menghadapi risiko banjir pantai yang lebih tinggi, dari 2 hingga 7 April dan meramalkan bahawa pantai Banten, dari Pandeglang hingga Kabupaten Lebak, boleh mengalami banjir seperti itu dari 9 hingga 14 April.

BMKG juga menyuarakan amaran, provinsi Sumatera Utara, Lampung, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Tenggara dan Maluku, sebagai menghadapi peningkatan risiko banjir dari 6 hingga 14 April. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >