Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amsterdam haramkan ganja di sekitar rumah pelacuran

Feb 12, 2023 | 05:30 AM



THE HAGUE (Belanda): Mulai pertengahan Mei depan, pihak berkuasa bandar Amsterdam melarang orang ramai menghisap rokok mengandungi ganja di jalan sekitar rumah pelacuran dan kelab tarian bogel.



Peraturan baru yang diumumkan sebagai usaha membendung jenayah dan tingkah laku antisosial.



Pengenalan langkah itu dibuat di tengah-tengah usaha lebih meluas untuk mengehadkan waktu minum dan pengoperasian kafe, bar, restoran serta rumah pelacuran apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) cuba mengatasi masalah tingkah laku antisosial yang besar.



Pelacuran adalah 'industri' sah di Belanda dan pusat pelacuran di bandar Amsterdam dianggap sebagai lokasi tarikan pelancong.



Namun begitu, peningkatan jenayah di kawasan bandar yang membimbangkan selama beberapa tahun mendorong pihak polis mengkategorikan kawasan itu sebagai 'radius kesengsaraan'.



Di bawah undang-undang Belanda, penjualan ganja dibenarkan di kedai kopi selagi pengguna mematuhi syarat ketat.



Bagaimanapun, ia menjadi satu kesalahan untuk memiliki, menjual atau menghasilkan lebih daripada lima gram dadah.



Menurut kenyataan pihak berkuasa perbandaran itu, penduduk menyuarakan kekecewaan terhadap pelancongan besar-besaran dan penyalahgunaan alkohol serta dadah di jalanan terutama pada waktu malam.



"Pelancong turut sama menarik peniaga jalanan yang mendorong berlaku jenayah dan keadaan tidak selamat," tambah kenyataan itu.



Jika sekatan terbaru ini gagal memberi kesan seperti dihasratkan, pihak berkuasa memberi amaran mereka akan mengenakan peraturan sama ke atas kedai kopi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >