Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban gempa di Indonesia terus meningkat

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



CIANJUR, Indonesia : Angka korban mangsa gempa yang melanda Indonesia minggu lalu, meningkat menjadi 321 orang, apabila pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat kelmarin, menurut agensi penyelamat bencana kebangsaan.



Gempa sekuat 5.6 skala richter itu telah melanda Cianjur, di Jawa Barat Isnin lalu, di mana kebanyakan mangsa terkorban akibat bangunan runtuh atau tanah runtuh.



Ketua agensi penyelamat bencana, Encik Suharyanto, memberitahu satu taklimat akhbar kelmarin, pasukan penyelamat menemui tiga lagi mayat.



Lapan yang lain ditemui pada Sabtu lalu.



"Dengan penemuan tiga mayat ini, angka kematian menjadi 321 orang," kata Encik Suharyanto.



Lagi 11 orang dilaporkan masih hilang.



Pasukan penyelamat meneruskan pencarian semalam, dengan menumpukan usaha di kawasan-kawasan di mana mereka yang dilaporkan hilang itu dipercayai tertimbus, kata ketua pasukan penyelamat Jawa Barat, Encik Jumaril.



Gempa itu telah memusnahkan lebih 62,000 buah rumah dan memaksa lebih 73,000 penduduk dipindahkan ke sekurang-kurangnya 325 penempatan sementara, kata Encik Suharyanto pula.



Jurucakap agensi bencana, Encik Abdul Muhari, berkata pihak berkuasa akan mengadakan perbincangan sama ada mahu melanjutkan tempoh darurat selepas 14 hari kejadian itu.



Indonesia sering mengalami gempa dan ledakan gunung berapi, kerana kedudukannya di rangkaian gunung berapi dan gempa yang aktif di lautan Pasifik.



Gempa pada Isnin lalu itu adalah yang paling buruk melanda semenanjung itu sejak 2018 yang mengakibatkan tsunami dan mengakibatkan lebih 4,000 orang terkorban di kepulauan Sulawesi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >