Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Annuar Musa antara 3 pemimpin dipecat Umno

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Ketereh (Kelantan), Tan Sri Annuar Musa adalah diantara tiga pemimpin yang dipecat keahliannya semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, semalam mengesahkan Tan Sri Annuar antara tiga yang dipecat dalam mesyuarat MKT lewat malam kelmarin.



Dua lagi adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim, serta Ketua Wanita Umno Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.



Datin Shamsiah dan Datin Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Datin Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.



Tan Sri Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).



Beliau adalah antara tokoh Umno yang menggesa kerjasama parti itu dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Bersatu, bertentangan dengan keputusan kepimpinan tertinggi.



Susulan prestasi buruk BN dalam PRU lalu pula, beliau bersama-sama sejumlah ketua Umno bahagian lain menggesa Datuk Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai presiden



Terdahulu, hal pemecatan itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi, ketika ditemui media di Menara Dato' Onn di sini, selepas mesyuarat selesai lewat malam kelmarin.



Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Datuk Mohd Puad berkata nada Presiden Umno agak tegas berkenaan isu disiplin.



Katanya, Datuk Ahmad Zahid menegaskan tidak akan sekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.



Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran daripada Umno, Datuk Shahidan dan Datuk Ismail Abd Muttalib, turut digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU lalu.



Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu akhirnya mempertahankan kerusi mereka selepas bertanding pada PRU15 menggunakan logo Perikatan Nasional.



Datuk Ahmad Zahid berkata keahlian Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi selain Datuk Azhar Ahmad bagi DUN Kuala Perlis turut digugurkan.



Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Umno, Datuk Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan mesyuarat MKT malam kelmarin tidak dihadiri dua naib presiden, Datuk Ismail Sabri dan Datuk Mahdzir Khalid.



"Dia (Datuk Ismail Sabri) mohon maaf tidak dapat hadir mesyuarat MKT. Dia ada majlis lain," kata Datuk Mohamed Khaled. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >