Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

BERITA

Anwar gesa petugas pilihan raya PH, BN bekerjasama

Penting laksana tugas penuh semangat, ikhlas, niat tulus lindungi kepentingan rakyat dan negara
Jul 08, 2023 | 01:09 PM



BANGI: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru tegas agar rakyat Selangor “menghapuskan” kerjaya politik mereka yang mengkhianati parti masing-masing dalam kerajaan perpaduan.


Berucap semasa majlis pelancaran jentera pilihan raya PH dan Barisan Nasional (BN) di Bandar Baru Bangi, Datuk Anwar, tanpa menamakan mana-mana individu dengan jelas, menggesa pengundi agar mengusir pengkhianat dalam kalangan mereka semasa pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.

“Jika seseorang itu berwajah pengkhianat, mari kita tendang mereka dengan segera,” ujarnya berdasarkan laporan portal dalam talian FMT, yang ditukil laman New Straits Times (NST).


Datuk Anwar menekankan bahawa, semasa Perikatan Nasional (PN) memegang jawatan dalam kerajaan, pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah cuba menjadikan Umno sebagai parti haram.

Datuk Anwar menegaskan walaupun dirinya bekas musuh Umno, beliau tidak menyokong skim jahat untuk mengharamkan parti itu.

“Namun begitu, kini terdapat beberapa ahli Umno yang kelihatan mengagumi Perikatan Nasional,” keluh Datuk Anwar.

Bagi memastikan kemenangan, Datuk Anwar menggesa kerjasama padu antara petugas pilihan raya PH dan BN.

Beliau menekankan kepentingan melaksanakan semua tugas dengan semangat yang tidak berbelah bahagi, keikhlasan, seiring niat tulus untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara daripada individu yang tamak.

Datuk Anwar merayu agar ahli parti kedua-dua gabungan itu supaya tidak membenarkan Malaysia dicemari oleh pelampau agama dan sifat perkauman yang berfikiran sempit.

Datuk Anwar turut mempertahankan Parti Tindakan Demokratik (DAP) – rakan gabungannya dalam PH, daripada serangan tidak berasas yang disasarkan kepada parti itu atas dasar perkauman dan agama.

“Mereka terus mengatakan bahawa DAP adalah musuh Islam. Mereka terus berbohong,” sanggah Datuk Anwar.

“Apabila kita menambah peruntukan untuk orang Islam, DAP tidak membantah, sebaliknya memberikan kerjasama penuh,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >