Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar tak campur urusan Umno tentukan calon PRN

Jul 11, 2023 | 04:32 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan tidak akan mencampuri urusan Umno dalam menentukan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan.


Datuk Anwar turut mengingatkan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan supaya saling menyokong dan menghormati sesiapa sahaja yang dicalonkan.

Pesanan itu adalah antara inti pati ucapan Datuk Anwar ketika menghadiri pemukiman anjuran Majlis Perkaderan dan Latihan Umno di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, hujung minggu lalu.

Menurut sumber yang menyertai pemukiman itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan tidak akan mencampuri urusan Umno memilih calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sumber memberitahu bahawa Datuk Anwar, yang berucap kira-kira dua jam, menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Umno untuk menggunakan kaedah atau formula sendiri bagi menentukan calon parti itu.

“Apa yang lebih mustahak adalah Perdana Menteri memberi jaminan akan menyokong sesiapa sahaja calon Umno yang akan bertanding PRN.

“Beliau mahu setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan mempamerkan komitmen masing-masing dengan saling menyokong.

“Perdana Menteri juga menegaskan tidak akan mencampuri pemilihan calon PRN mewakili Umno, sebaliknya memberikan kuasa autonomi kepada parti melakukan pemilihan calon dengan mengguna pakai elemen WALI, iaitu boleh menang, diterima dan disukai.

“Kehadiran (Datuk) Anwar pada pemukiman kali ini umpama hadir untuk menyuntik tonik dan memberikan semangat kepada parti mendepani bahang PRN tidak lama lagi.

“Ini sekali gus menggambarkan betapa akrabnya jalinan kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, terutama bagi menghadapi pilihan raya buat pertama kali secara bersama dengan gabungan parti yang pernah bermusuhan selama ini, “ menurut sumber itu lagi kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Difahamkan, hanya Datuk Anwar yang menghadiri pemukiman itu tanpa disertai pimpinan parti komponen PH lain.

Program itu disertai seluruh pimpinan Umno termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan ketua-ketua bahagian.

Memetik hantaran Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang dimuat naik di Facebook pada Isnin, penganjuran pemukiman itu antara lain bertujuan memupuk semangat setia kawan yang tinggi dalam kalangan pimpinan.

“Ia bertujuan membentuk satu pasukan yang dinamik, jitu dan mantap,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata, ciri yang digariskan itu penting bagi menghadapi cabaran mendatang.

“Semoga pemukiman ini mencapai matlamat untuk Umno terus berdiri teguh serta membawa obor perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, “ katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >