Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi gesa masyarakat global tekan Israel akhiri penjajahan di Palestin

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Arab Saudi menggesa masyarakat antarabangsa supaya menjalankan tanggungjawab dan mengenakan tekanan ke atas Israel supaya mengakhiri penjajahan di Palestin.



Ia juga menggesa agar serangan ke atas orang awam dihentikan di wilayah yang dijajah.



Gesaan itu diutarakan dalam satu mesyuarat kabinet, yang menyaksikan pemimpin negara Arab itu juga menekankan peri penting menghidupkan semula proses damai di Timur Tengah.



Pertemuan itu, yang diadakan setiap minggu di Istana Irqah di Riyadh, dipengerusikan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.



Pada permulaan mesyuarat itu, kabinet diberitahu mengenai kandungan surat yang dikirimkan oleh Raja Algeria, Presiden Abdelmadjid Teboune, dan perbualan menerusi panggilan telefon antara Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman, dengan Presiden Vladimir Putin dari Russia.



Dalam kenyataannya yang dikongsi dengan Agensi Berita Saudi (SPA) menyusuli pertemuan itu, Pemangku Menteri Media, Dr Majid Al-Qasabi, berkata Kabinet Arab Saudi mengikuti perkembangan terkini yang berlaku di seluruh dunia, termasuk di Palestin.



"Kabinet menekankan peri pentingnya menghidupkan semula proses perdamaian dan menggesa masyarakat antarabangsa supaya menjalankan tanggungjawab dan mengakhiri penjajahan di Palestin dan menghentikan serangan Israel, selain memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada orang awam," ujarnya.



Menambah, Dr Majid juga berkata Arab Saudi mengutuk perbuatan membakar Al-Quran di beberapa ibu kota negara Eropah dan menekankan peri penting pemerintah di negara-negara itu menangani amalan tersebut supaya ia tidak menjadi satu provokasi kepada Muslim di serata dunia.



Dalam pada itu, menteri Kabinet Arab Saudi juga membincangkan persiapan yang sedang dijalankan bagi menyertai pertemuan G-20.



Dr Majid berkata Arab Saudi bersungguh-sungguh ingin menyediakan huraian dan membangun daya usaha menangani pelbagai cabaran yang dihadapi ekonomi sejagat pada masa ini, termasuk memberikan rangka kerja bagi tindakan bersama untuk menangani masalah hutang.



Ini termasuk peranan yang ingin dimainkan oleh Arab Saudi dalam melaksanakan dana bagi Keterjaminan Kesihatan berniai AS$50 juta ($65 juta).



Arab Saudi juga sedang mengadakan kerjasama dengan Indonesia sejak 2020 - apabila Indonesia menjadi presiden G-20 - dalam usaha membangun huraian bagi kemelut makanan sedunia, kata Dr Majid. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >