Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Dunia sedia hampir $1b bantu Habsyah

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



ADDIS ABABA: Bank Dunia bersetuju menyediakan AS$715 juta atau hampir $1 bilion ($993.686 juta) dalam bentuk geran dan pinjaman kepada Habsyah, yang dilanda kemarau dan konflik dahsyat, lapor agensi berita AFP.



Beberapa rakan antarabangsa menggantung bantuan sejak tercetusnya konflik antara pemerintah persekutuan dan pemberontak di wilayah Tigray pada November 2020, yang menjadi krisis kemanusiaan.



Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan Habsyah mengumumkan pemeteraian perjanjian pembiayaan dengan Bank Dunia.



Ia termasuk AS$600 juta (AS$200 juta dalam bentuk geran dan AS$400 juta dalam bentuk kredit), untuk pelaksanaan program Ketahanan Sistem Makanan.



"Dana ini akan digunakan untuk membiayai peningkatan daya tahan sistem makanan dan kesediaan ketidakamanan makanan," menurut kementerian itu.



Perjanjian itu kemudiannya ditetapkan untuk menyediakan pembiayaan geran sebanyak AS$115 juta untuk projek ekonomi di kawasan Tanduk Afrika atau 'Horn of Africa' itu.



Ini akan "membolehkan rantau ini menyesuaikan diri dengan kesan perubahan iklim, mengkomersialkan pengeluaran ternakan dalam komuniti penggembala, dan memastikan kemasukan kumpulan terpinggir dan terdedah seperti wanita dalam sektor itu," kata kementerian itu.



Perdana Menteri Habsyah, Encik Abiy Ahmed, mengumumkan pada 19 Jun lalu bahawa sebuah jawatankuasa sedang mengkaji kemungkinan rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Rakyat Tigray.



Pada April lalu, Bank Dunia memberi Habsyah geran AS$300 juta untuk membantu komuniti yang terjejas akibat konflik.



Perang Tigray merupakan perang saudara yang sedang berlaku, tercetus pada 3 November 2020



Tigray di utara Habsyah dihuni sekitar 7.07 juta penduduk, merangkumi masyarakat Tigray, Irob dan Kunama. Antara 5 hingga 10 peratus penduduknya beragama Islam.



Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu lalu menggesa pemerintah Habsyah supaya menarik balik sekatan minyak di rantau yang musnah akibat perang itu.



Ia memberi amaran bahawa kekurangan bekalan minyak telah menjejas penghantaran bantuan kecemasan di sana.



Konflik 19 bulan antara pemerintahan Encik Abiy dengan pemberontak Tigray telah mendorong ratusan ribu penduduk berada di ambang kebuluran dan menyebabkan 9 juta orang di kawasan utara negara itu memerlukan bantuan makanan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Selepas pemerintah Habsyah mengumumkan perjanjian damai kemanusiaan pada Mac lalu, konvoi bantuan telah mula bergerak ke Tigray buat pertama kali pada pertengahan Disember lalu.



Bagaimanapun, kekurangan bekalan minyak disebabkan sekatan pemerintah telah menjejas teruk peluang mendapatkan bekalan bagi menyelamatkan nyawa, meskipun gudang bantuan penuh, kata pesuruhjaya EU bagi pengurusan krisis, Encik Janez Lenarcic, selepas melawat Mekele, ibu kota Tigray.



"Kami kini berada dalam keadaan di mana gudang kemanusiaan di Mekele penuh tetapi orang di pinggir negara masih kebuluran," kata wakil EU itu di sidang akhbar di ibu kota Habsyah, Addis Ababa, yang ditukil laman berita africanews. com. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >