Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Berita' tular Ismail Sabri dilantik pengerusi Petronas adalah palsu

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan maklumat tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' adalah palsu.



Sehubungan itu, JPM dalam hantaran menerusi Facebook semalam mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.



Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) memetik agensi berita rasmi, Bernama, sebagai mengatakan JPM turut meminta orang ramai supaya merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih di semua platform media sosial, iaitu akaun Facebook Jabatan Perdana Menteri, akaun Twitter @jpmgov, Instagram @jabatanperdanamenteri dan TikTok @jpmgov.



Terdahulu, tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi poster yang memaparkan gambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan beberapa maklumat yang menyatakan kononnya Datuk Seri Anwar secara dasar telah bersetuju dengan pelantikan Datuk Ismail Sabri sebagai Pengerusi Petronas. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >