Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden gesa Israel lindungi hospital di Gaza

Nov 14, 2023 | 05:30 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menggesa Israel pada Isnin supaya melindungi hospital utama di Gaza ketika pertempuran sengit antara tentera Israel dan Hamas meletus di sekitar kompleks itu.


“Adalah harapan dan jangkaan saya akan ada tindakan yang kurang mengganggu berbanding hospital,” kata beliau kepada pemberita di Pejabat Oval apabila ditanya sama ada beliau telah menyatakan kebimbangan kepada pihak Israel mengenai isu itu.

Encik Biden menyatakan, beliau telah “berhubungan dengan Israel” mengenai perkara itu.

Pakar bedah dengan Doctors Without Borders (MSF), kumpulan amal perubatan, berkata beratus-ratus orang yang terkandas di kompleks Hospital Al-Shifa mengalami keadaan “tidak berperikemanusiaan”.

Israel mendakwa, musuh ketatnya, Hamas, membina ibu pejabat tentera mereka di bawah Hospital Al-Shifa – tuduhan yang dinafikan pertubuhan itu.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan doktor di kemudahan itu memberi amaran kekurangan bahan api penjana telah meragut nyawa pesakit, termasuk bayi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di wilayah Palestin berkata pada awal Isnin, sekurang-kurangnya 2,300 orang – pesakit, pekerja kesihatan dan orang yang melarikan diri dari pertempuran – berada di dalam Hospital Al-Shifa yang lumpuh itu.

Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Encik Jake Sullivan, kemudian mengesahkan Washington, yang menyokong teguh Israel atas serangannya terhadap Hamas, telah membangkitkan isu itu dengan sekutunya.

Beliau berkata: “Kami tidak mahu melihat kebakaran di hospital. Kami mahu melihat pesakit dilindungi, kami mahu melihat hospital dilindungi.”

“Kami telah bercakap dengan pemerintah Israel mengenai perkara ini dan mereka berkongsi pandangan mereka tidak mahu melihat pertempuran di hospital,” tambahnya.

Encik Sullivan juga berkata Amerika mahu melihat “gencatan sementara yang agak lama – bukan berdasarkan hari atau jam” dalam perang ini.

Rumah Putih berkata minggu lalu, Israel telah bersetuju untuk berhenti bertempur selama empat jam setiap hari untuk membolehkan orang awam keluar dari utara Gaza ke selatan.

Presiden Biden berkata, perjanjian untuk “pembebasan tebusan” masih dirundingkan dengan bantuan Qatar.

Sementara itu, Presiden Biden bertemu Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, di Rumah Putih pada Isnin.

Encik Jokowi berkata pada Ahad, beliau akan menyampaikan kepada Encik Biden “perutusan” daripada sidang kemuncak bersama pemimpin Arab dan Islam di Riyadh pada hujung minggu lalu yang mengecam Israel dan menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan.

Tentera Israel telah meneruskan kempen ketenteraannya, bertekad untuk memusnahkan Hamas yang telah menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang didakwanya telah membunuh lebih 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, dan menawan lebih 240 orang sebagai tebusan.

Israel bagaimanapun menghadapi tekanan hebat masyarakat antarabangsa supaya mengurangkan penderitaan orang awam di tengah-tengah operasi serangan udara dan darat besar-besarannya, yang menurut pihak berkuasa Palestin telah membunuh lebih 11,000 orang termasuk lebih 4,600 kanak-kanak sejauh ini.

Timbalan menteri kesihatan di Jaluran Gaza, Encik Youssef Abu Rish, menyatakan semua hospital di utara wilayah itu, termasuk Al-Shifa dan Al-Quds, telah berhenti menyediakan perkhidmatan kerana mengalami masalah kekurangan bahan api untuk menggerakkan penjana elektrik. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >