Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden hadapi kesukaran imbangi protes dasar sokong Israel di AS

May 03, 2024 | 12:43 PM



WASHINGTON: Bantahan kampus yang semakin memuncak di Amerika Syarikat telah memaksa Presiden Joe Biden mengecam anti-Semitisme (fahaman anti-Yahudi) sambil menyokong hak anak muda untuk membantah dan cuba mengehadkan kerosakan politik jangka panjang.


Ketika tindakan keras polis dan protes balas menyambut penyebaran demonstrasi di seluruh kampus, Presiden Biden menghadapi kritikan tajam terhadap dasar menyokong Israel dari kiri dan kanan.

Pelajar di berpuluh-puluh kampus telah berhimpun atau berkhemah sejak kebelakangan ini untuk menentang perang Israel di Gaza, menuntut institusi berhenti menjalankan perniagaan dengan syarikat yang menyokong Israel dan perang.

Bantahan terhadap perang, dan sokongan kuat Encik Biden terhadap Israel, telah membebankan presiden itu sejak akhir 2023 dan memecahbelahkan Parti Demokratnya.

Pada 1 Mei, 57 anggota Demokrat di Kongres meminta Presiden Biden supaya menahan bantuan kepada Israel dalam usaha untuk menghentikan serangan yang dirancangnya ke atas Rafah.

Pembantu kanan Presiden Biden secara peribadi menolak idea bahawa protes atau penyokong mereka boleh menyebabkan Encik Biden kehilangan Rumah Putih dalam pilihan raya presiden pada November.

Beliau menunjukkan bilangan peserta yang agak kecil, berbanding kira-kira 41 juta pengundi muda yang layak mengundi kelak.

Rumah Putih telah melancarkan beberapa siri dasar mesra pengundi muda dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan pengumuman pelepasan pinjaman pelajar baru, langkah yang telah lama dirancang untuk mengurangkan hukuman jenayah ke atas perbuatan menghisap ganja dan mengecam larangan pengguguran kandungan usia enam minggu, yang berkuat kuasa pada 1 Mei di Florida.

Setelah mengunci mulut sejak konflik berkenaan tercetus, Biden mulai bersuara beberapa jam selepas ratusan polis membongkar khemah yang didirikan di kampus Universiti California, Los Angeles (UCLA), dan menahan puluhan penunjuk perasaan. Presiden Biden jarang bercakap dan berhati-hati mengenai protes kampus.

“Saya mengutuk protes anti-Semitik. Saya juga mengutuk mereka yang tidak memahami apa yang sedang berlaku pada rakyat Palestin,” kata beliau pada 22 April.

“Kita bukan negara kuku besi yang menghalang orang ramai daripada bersuara, atau menentang perbezaan pendapat.

“Namun, kita juga bukan negara tanpa undang-undang. Kita adalah masyarakat sivil, dan keamanan serta ketertiban mesti diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan dari Rumah Putih.

Biden turut menekankan bahawa unsur anti-Semitik atau ancaman keganasan terhadap pelajar Yahudi, ‘tiada tempat’ di negara ini mahupun mana-mana kampus universiti di Amerika.

“Tiada tempat untuk ucapan berbaur kebencian atau sebarang jenis keganasan, sama ada anti-Semitik, Islamofobia atau diskriminasi terhadap warga Arab-Amerika atau Palestin-Amerika. Ia adalah salah,” katanya.

Selagi semester persekolahan masih berjalan, tiada tanda protes akan berhenti. Pihak Republikan dan media konservatif telah mengambil alih isu itu untuk mengkritik Presiden Biden.

Beberapa anggota Demokrat memberi amaran bahawa pengundi muda, yang sudah mengkritik Presiden Biden, boleh meninggalkannya atas isu Israel.

Lebih 34,000 orang telah terkorban di Gaza selepas serangan dan pengeboman Israel sebagai membalas serangan Hamas pada 7 Oktober yang telah membunuh 1,200 dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Amerika adalah pembekal utama bantuan ketenteraan kepada Israel dan telah melindungi negara itu daripada undian kritikal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hasil tinjauan terhadap kempen Presiden Biden menunjukkan bahawa kebanyakan pengundi termasuk golongan muda, akan memilih presiden berdasarkan isu seperti ekonomi, bukan perang Gaza.

Dasar mesra belianya tidak mencukupi untuk menjamin sokongan, kata Cik Elise Joshi, pengarah eksekutif Gen-Z for Change, kumpulan aktivis politik dalam talian bagi golongan muda. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >