Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden, Jinping dijangka adakan perbincangan di telefon

Jul 28, 2022 | 07:47 AM



WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping, dijangka mengadakan perbintangan menerusi telefon hari ini, menurut satu sumber yang tahu tentang rancangan itu, di tengah-tengah ketegangan berhubung soal Taiwan dan pelanggaran Russia ke atas Ukraine.



Jurucakap keselamatan nasional Rumah Putih, Encik John Kirby, memberitahu wartawan kelmarin bahawa persaingan ekonomi antara kedua-dua negara akan menjadi tumpuan dalam perbincangan menerusi telefon itu.



Ini merupakan panggilan telefon kelima antara kedua-dua pemimpin, sedang China memberi amaran lebih keras kepada pentadbiran Biden tentang kemungkinan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan, yang ditadbir secara demokratik. Beijing tegas menyatakan ia adalah sebahagian daripada wilayahnya.



"Kesemuanya, dari soal ketegangan berhubung Taiwan, ke peperangan di Ukraine, serta bagaimana kita mengurus persaingan dengan lebih baik antara dua negara, tentunya dalam lingkungan ekonomi," kata Encik Kirby tentang hal-hal yang akan dibincangkan.



"Panggilan telefon ini telah dijadualkan sejak beberapa lama dan terdapat agenda perbincangan yang hangat yang kedua-dua pemimpin perlu bincangkan," katanya.



Di bawah dasar satu China, Amerika tidak punya hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan, tetapi terikat dengan undang-undang Amerika dalam memberi keupayaan kepada pulau itu untuk mempertahankan kedudukannya.



Rumah Putih dengan pantas menyatakan pendiriannya tidak berubah meskipun ada spekulasi tentang lawatan Cik Pelosi.



Encik Kirby berkata, Cik Pelosi berada dalam aturan sebagai pengganti presiden dan disebabkan itu, lawatannya ke luar negara adalah soal keselamatan nasional Amerika.



Ulasan "suka berperang," yang sering dikatakan Beijing tentang potensi lawatan Cik Pelosi ke Taiwan akan hanya meningkatkan ketegangan Amerika-China, kata beliau.



"Kami berasa ia tidak membantu dan tentunya tidak diperlukan melihat kepada keadaan sekarang," katanya.



Pentadbiran Biden telah membincangkan tentang sama ada menarik balik beberapa tarif ke atas barangan China sebagai satu cara untuk pertingkat ekonomi Amerika, tetapi Encik Kirby berkata, keputusan tidak dijangka dibuat sebelum perbincangan Encik Biden dan Encik Xi.



Presiden Biden sebelum ini memaklumkan beliau kini berada dalam keadaan lebih baik selepas dijangkiti Covid-19 sejak beberapa hari lalu.



Walaupun suaranya masih serak dan masih mengalami hidung tersumbat, beliau semakin sembuh.



China sebelum ini telah meningkatkan aktiviti tentera di sekitar Taiwan untuk menekan pemerintah yang dipilih secara demokratik di sana agar menerima kedaulatan China.



Pemerintah Taiwan berkata, hanya penduduk pulau itu boleh menentukan masa depan mereka dan, walau ia mahu keamanan, akan mempertahankan diri jika diserang. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >