Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU PEMBAHARUAN SISTEM KEHAKIMAN ISRAEL

Biden lahirkan sokong, saran Netanyahu 'berkompromi'

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyuarakan sokongan pada Ahad lalu, kepada Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, supaya "berkompromi" dalam rancangan kontroversinya, untuk pembaharuan sistem kehakiman negara itu, kata Rumah Putih.



Dalam ulasan pertamanya mengenai isu tersebut, Encik Biden berkata, pembaharuan itu harus menghormati apa yang disifatkannya sebagai nilai teras demokrasi, kata Rumah Putih dalam satu kenyataannya.



Rancangan pembaharuan sistem kehakiman oleh pemerintah yang tegas pimpinan Encik Netanyahu itu, telah mencetuskan bantahan berterusan selama 11 minggu.



Para penunjuk perasaan khuatir, pembaharuan yang dirancangkan itu, yang sudahpun diajukan di Parlimen, akan memberi lebih kuasa kepada ahli politik, ke atas mahkamah, dan mengancam demokrasi di Israel.



Pembaharuan yang diusulkan itu, akan, antara lain, membenarkan para anggota Parlimen menolak keputusan mahkamah agung, hanya melalui majoriti tipis dalam pengundian.



Pihak yang menentang pakej pembaharuan itu, menuduh Encik Netanyahu, yang kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah yang beliau nafikan, cuba menggunakannya bagi membatalkan kemungkinan keputusan mahkamah terhadapnya.



Perdana Menteri Israel itu menolak dakwaan tersebut.



Menyatakan kebimbangan terhadap keretakan yang semakin mendalam dalam masyarakat Israel, Presiden Isaac Herzog membentangkan satu usul kompromi pada Rabu lalu, tetapi pemerintah menolaknya.



Menurut kenyataan Rumah Putih, Encik Biden memberitahu pemimpin Israel bahawa prinsip demokrasi adalah "ciri khas" hubungan Amerika-Israel.



"Presiden (Biden) memberi sokongan terhadap usaha-usaha yang sedang dilakukan bagi mewujudkan kompromi terhadap usul pembaharuan kehakiman, sejajar dengan prinsip-prinsip asas tersebut," menurut kenyataan Rumah Putih itu lagi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >