Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden mahu Kongres buat pembaharuan undang-undang senjata AS

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, semalam meminta Kongres untuk melakukan pembaharuan undang-undang senjata "yang munasabah", tiga tahun setelah kejadian tembakan di sebuah sekolah di Parkland, Florida.



Dalam satu kenyataan sempena Hari Valentine bagi mengenang insiden berdarah itu pada 2018 yang menyebabkan 17 maut dan membawa kembali perhatian kepada undang-undang senjata di negara itu yang dianggap ringan.



"Pentadbiran pentadbiran ini tidak akan menunggu sehingga berlaku satu lagi insiden serupa untuk bertindak," ujar Encik Biden.



"Kita akan mengambil tindakan untuk menamatkan keganasan senjata api dan menjadikan sekolah dan kawasan kejiranan lebih selamat.



"Masanya adalah sekarang untuk bertindak (untuk menggubal undang-undang baharu)," katanya.



Encik Biden berkata beliau mahu Kongres meluluskan undang-undang yang memerlukan pemeriksaan latar belakang terhadap semua penjualan senjata api, larangan terhadap senjata semi automatik dan kelopak peluru berkeupayaan tinggi.



Bekas pelajar yang mengaku melakukan tembakan itu, Nikolas Cruz, yang berusia 19 tahun ketika kejadian, bersenjatakan senapang jenis AR-15 dan melepaskan antara 100 hingga 150 tembakan yang membunuh 14 pelajar dan tiga kakitangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas.



Encik Biden menambah bahawa Kongres juga harus menghapuskan "imuniti kepada pengeluar senjata yang dengan sengaja menjual senjata perang secara terbuka di kedai-kedai dalam kalangan kejiranan kita".



Cruz ketika itu memperoleh senapang secara sah dengan membelinya walaupun diketahui mempunyai masalah kesihatan mental.



Walaupun kejadian tembakan dan keganasan senjata api agak biasa berlaku di Amerika, kejadian di Florida itu menimbulkan kemarahan di seluruh negara dan mendorong kepada desakan bagi kawalan senjata api.



Namun dengan Encik Donald Trump menduduki Rumah Putih dan Republikan menguasai Senat pada waktu itu, undang-undang yang diluluskan oleh perwakilan Demokrat tidak berupaya membawa apa-apa perubahan.



Speaker Demokrat, Cik Nancy Pelosi, semalam berkata Dewan Perwakilan akan mencuba lagi.



"Kami akan menggubal undang-undang ini dan undang-undang yang boleh menyelamatkan nyawa yang lain dan memberikan kemajuan yang berhak dituntut oleh masyarakat Parkland dan rakyat Amerika," kata beliau dalam satu kenyataan.



Walaupun terdapat tinjauan menunjukkan rakyat Amerika menyokong kepada beberapa pembaharuan undang-undang senjata api, pemerintahan Amerika masih tidak berupaya untuk meluluskan undang-undang.



Percubaan sebelumnya untuk meluluskan kawalan senjata api setelah kejadian tembakan besar-besaran, termasuk selepas pembunuhan 20 kanak-kanak dan enam anggota staf pada Disember 2012 di Sekolah Dasar Sandy Hook di Newtown, Connecticut, kebanyakannya gagal setelah menghadapi lobi sengit oleh Persatuan Senjata Api Nasional dan kumpulan senjata lain.



Kejadian tembakan dan pembunuhan lain termasuk di El Paso, Texas, pada Ogos 2019 apabila sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 40 cedera dalam satu kejadian di pasar raya Walmart. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >