Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Sekilas

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



BN sedia teruskan skim komputer riba percuma jika menang



SUNGAI BESAR (Selangor): Barisan Nasional (BN) sedia memanjangkan pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar M40 dan para guru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



"Pelajar M40 dan guru di seluruh negara akan turut menerima bantuan komputer riba percuma untuk pembelajaran dan pengajaran... Ini merupakan maklum balas secara langsung BN terhadap permintaan pengundi," katanya pada 'Program Budi Disanjung' di Parit 16 Sungai Panjang di sini malam kelmarin.



Terdahulu, calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang turut hadir pada program itu, berkata pihaknya menerima permohonan daripada para guru dan keluarga M40 agar mereka turut diberikan komputer riba bagi tujuan pembelajaran.



Laman berita Astro Awani melaporkan, BN menampilkan manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) iaitu tawaran baru kepada rakyat Malaysia yang mengandungi 99 amal dan usaha gabungan politik itu bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.



Antara tawaran itu ialah pemberian komputer riba percuma kepada pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan 5G di semua sekolah.




'GST di negara lain telus, tapi di M'sia tidak'



KLUANG (Johor): Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang telah dimansuhkan sebagai sebahagian daripada janji pilihan raya umum Pakatan Harapan (PH) pada 2018, adalah sistem cukai regresif, kata calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Cik Wong Shu Qi.



Penyandang kerusi Parlimen Kluang yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) itu berkata apa yang menjadikan sistem itu regresif ialah kadar 6 peratus yang dikenakan, yang dirasakannya tinggi.



Beliau mengakui bahawa walaupun sistem percukaian berasaskan penggunaan itu adalah cekap dan telus, ini hanya berlaku untuk negara lain, tetapi tidak Malaysia, kerana ia dikendalikan dengan buruk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu yang menguatkuasakannya.



"Masalah dengan GST ialah kita mempunyai asas cukai yang sangat kecil, dan kerajaan BN cuba mengembangkan asas cukai untuk mencukai semua B40 dan senarai pengecualian kita terlalu panjang sehingga mengambil masa yang sangat lama untuk diproses.



"Kemudian masalah yang berlaku ialah bayaran balik sehingga semua merungut. Ya, GST adalah cekap, telus di negara lain, tetapi tidak di Malaysia.



"Kita perlu melihat bagaimana kita melaksanakan GST. Jika kita tidak dapat melakukannya dengan betul, orang ramai menderita, dan saya masih bagi penangguhan pelaksanaan sehingga majoriti rakyat kita mampu membayar cukai pendapatan," kata Cik Wong dalam temu bual dengan akhbar Malay Mail yang dilaporkan semalam.




Menteri Besar Perak sedia isytihar harta



IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata beliau bersedia bila-bila masa jika dikehendaki mengisytiharkan harta.



Menurut Menteri Besar Perak itu, beliau jauh lebih miskin daripada beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, serta pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak lain.



Bagaimanapun, katanya, pengisytiharan harta itu bukanlah disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



"Tiada masalah, (tetapi) ia tidak disyaratkan oleh SPR. Boleh saja, kita tak adalah kaya mana. Nak berbanding saya dengan Rafizi, saya jauh miskinlah," katanya kepada pemberita dan ditukil Astro Awani selepas melancarkan Manifesto BN Perak di Taman Meru Permai, di sini, malam kelmarin.



Beliau mengulas kemungkinan perlunya calon BN Perak mengisytiharkan harta mereka, seperti yang dilakukan oleh calon-calon PKR.



Encik Rafizi menjadi calon PKR pertama yang mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta ($5.59 juta).



Datuk Seri Saarani berkata beliau tidak bimbang dan tiada masalah sekiranya diminta untuk mengisytiharkan harta.



Bagaimanapun, katanya, sesetengah orang takut untuk berbuat demikian kerana bimbang keselamatan keluarga.



"Tapi saya, kalau disyaratkan, saya tak ada masalah, saya tahu saya jauh lebih miskin berbanding dengan Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham dan Rafizi," ujarnya memetik nama beberapa pemimpin DAP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >