Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

BN-Umno di persimpangan

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



TANDA-TANDA awal pengundi Melayu kian enggan memberi sokongan kepada gabungan parti yang dicemari dakwaan rasuah dan tidak berubah mengikut keperluan semasa, telah muncul sejak 2008 lagi.



Namun, sikap Barisan Nasional (BN) yang tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut akhirnya menyebabkan ia mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah menandingi pilihan raya umum di Malaysia.



Kelmarin, gabungan parti itu menang 30 kerusi parlimen - kurang separuh daripada 73 kerusi parlimen yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) - gabungan parti yang dibentuk oleh pecahan dari Umno-BN - yang turun memperjuangkan kepimpinan berteras Melayu.



Malah, ia juga menang kurang separuh kerusi berbanding 82 kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH).



Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga hanya menang tipis di Bagan Datuk, Perak, meraih 16,578 undi, iaitu 348 undi melebihi pesaing terdekat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PH yang meraih 16,230 undi.



Ini walaupun Datuk Ahmad Zahid penyandang jawatan di kerusi parlimen di sana.



Keputusan yang mengecewakan bagi pemimpin Umno dan BN itu telah mengundang respons lantang dari dalam dan luar gabungan parti, dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi menggesa supaya Datuk Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden Umno serta-merta, sebagaimana yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Najib Razak apabila BN tewas di PRU14.



"Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak Umno. Umno telah rebah.



"Usaha memulih dan memperbaiki parti ini perlu bermula sekarang. Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang," kata beliau.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), pemerhati politik di Malaysia, Encik Adib Zalkapli berkata kejayaan di luar jangkaan oleh PN adalah satu isyarat pengundi masih mahukan kerajaan berteraskan kepimpinan Melayu.



Namun pengundi ini mungkin kurang selesa dengan kehadiran 'kluster mahkamah' di dalam Umno ujar beliau, seorang pengarah di BowerGroupAsia.



"Selepas tewas dalam dua pilihan raya berturut-turut, mungkin ini masa terbaik untuk Umno bermuhasabah dan meremajakan parti itu dengan mengenengahkan pimpinan yang lebih muda," ujar Encik Adib.



Bersependapat, Dr Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata pengundi, terutama golongan Melayu yang lebih konservatif masih rela memberi peluang kepada BN-Umno untuk terus memimpin, tetapi gabunga parti itu perlu berubah.



"Rasuah dan politik berteraskan wang harus ditiadakan," ujar Dr Oh.



"Jika tidak, pengundi dari golongan Melayu yang konservatif, walaupun mereka tidak memilih PH, hanya akan memilih parti yang mereka lihat sebagai bersih, seperti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS (Parti Islam SeMalaysia).



Kedudukan BN sebagai parti gabungan utama yang disokong ramai di Malaysia mula goyah pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila beberapa negeri di bawah pimpinannya jatuh ke tangan pembangkang, yang pada ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat.



Menurut Dr Oh, sejak itu trend yang serupa boleh dilihat di PRU13 pada 2013 dan terutama pada 2018.



Di PRU14 pada 2018, BN kalah teruk dan buat julung-julung kali dalam sejarah gabungan itu, tidak menubuhkan kerajaan.



Menyusuli itu, BN kembali menubuhkan kerajaan pada 2020, antara pihak yang meraih manfaat Langkah Sheraton - perbuatan Anggota Parlimen (AP) lompat parti - yang meruntuhkan kerajaan PH berusia 22 bulan.



Namun, peluang untuk menunjukkan ia rela berubah sebagai kerajaan tidak direbut dan menambah kemungkinan ia terus kalah di pilihan raya umum, seperti yang berlaku kelmarin.



Kelakonan hebat di luar dugaan oleh PN untuk menambat undi Melayu pastinya menjadi faktor. Secara berasingan ia juga menunjukkan golongan Melayu di Malaysia, terutama yang lebih konservatif, belum bersedia mendakap sepenuhnya ideologi politik yang tidak berteras kaum dan agama.



Namun peri penting BN berubah supaya lebih dekat dengan citarasa rakyat juga sama genting.



Dalam kenyataan rasmi selepas keputusan PRU15 diketahui, Datuk Ahmad Zahid berkata BN menganggap keputusan PRU15 sebagai satu "isyarat besar" dan BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk lebih memahami keperluan generasi baharu.



Hanya masa akan menentukan sama ada perubahan yang ingin diorak BN itu selaras dengan kehendak rakyat Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >