Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak 10 dan 11 tahun ditahan setelah naiki motosikal 400km dari Madura, Indonesia

Nov 24, 2023 | 11:02 AM



SEMARANG: Dua budak lelaki berusia 10 dan 11 tahun ditahan pihak polis Indonesia setelah mereka disyaki menunggang motosikal tanpa topi keladar.


Menurut laporan media tempatan, kedua-dua budak lelaki itu difahamkan dalam perjalanan dari Pangarengan, Madura, ke Jakarta – jarak perjalanan antara kedua-dua kota itu adalah lebih 800 kilometer – untuk berjumpa rakan mereka.

Mereka ditahan oleh Unit Trafik Polis Tengaran, Semarang, selepas didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Apabila mereka ditahan, mereka dipercayai telah melakukan perjalanan sejauh 400 kilometer.

Dilaporkan mereka juga dipercayai meminjam wang sebanyak Rp100,000 ($8.60) daripada jiran mereka untuk membiayai minyak serta makanan mereka sepanjang perjalanan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Tengaran, AKP Supeno, memberitahu kedua kanak-kanak itu telah menempuh perjalanan dengan menggunakan motosikal jenis Honda Beat.

Hasil siasatan mendapati mereka ke Jakarta tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa masing-masing.

Polis kemudiannya menghubungi keluarga mereka mengenai kejadian tersebut dibenarkan untuk dibawa pulang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >