Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Budak selamat setelah 2 hari tertimbus bawah runtuhan gempa Jawa Barat

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



CIANJUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berjaya dikeluarkan dari runtuhan gempa bumi selepas terperangkap dua hari di bawah serpihan tanpa makanan atau minuman.



Rakaman video yang dikeluarkan oleh pentadbiran daerah Bogor di Jawa Barat menunjukkan pekerja penyelamat menarik budak lelaki dikenali sebagai Azka dari runtuhan rumah yang musnah di daerah Cugenang yang paling teruk dilanda gempa.



Sukarelawan yang menariknya keluar dari lubang di celah serpihan itu mencapai kedua-dua belah tangannya, ketika seorang lagi pekerja penyelamat membantu untuk memegang tangan budak itu.



"Apabila kami menyedari Azka masih hidup, semua orang menangis, termasuk saya. "Ia sangat mengharukan, terasa seperti satu keajaiban," kata sukarelawan tempatan, Encik Jeksen Kolibu, kepada agensi berita AFP.



Apabila ditemui penyelamat, Azka kelihatan tenang sambil menghirup minuman yang diberikan oleh penyelamat.



Ibunya meninggal dunia dalam gempa bumi dan mayatnya ditemui beberapa jam sebelum Azka diselamatkan, manakala neneknya turut meninggal dunia yang ditemui di sebelah Azka.



Encik Kolibu berkata, ketika Azka ditemui, dia berada dalam ruang yang sempit, gelap, panas dan tidak ada lubang yang cukup untuk bernafas.



"Kami tidak sangka dia masih hidup selepas 48 jam, jika kami tahu kami akan berusaha lebih keras pada malam sebelumnya.



"Selama bertahun-tahun sejak saya menjadi sukarelawan, saya tidak pernah melihat perkara seperti ini. Azka tidak mengeluarkan suara, dia langsung tidak menangis meminta tolong atau merengek.



"Walaupun dia ditarik keluar dari runtuhan dia masih sedar dan tidak berkata apa-apa. Dia kelihatan sangat keliru," kata Kolibu.



Gegaran kuat yang melanda bandar Cianjur di Jawa Barat Isnin lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 271 orang.



Dalam pada itu, seorang remaja perempuan berusia tujuh tahun yang menjadi tumpuan usaha menyelamat selama sehari selepas gempa bumi mengorbankan sekurang-kurangnya 310 orang di Jawa Barat, ditemui mati, kata penyelamat kepada AFP.



Pekerja kecemasan menemui mayat Ashika Nur Fauziah, juga dikenali sebagai Cika, di bawah runtuhan di daerah Cugenang. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >