Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cabaran Ramadan, cuaca sejuk bagi mangsa gempa di Turkey

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



DARI KAHRAMANMARAS, TURKEY - TANDA-TANDA kemusnahan dilihat di mana-mana di Kahramanmaras, Turkey.



Ia merupakan salah satu kawasan yang paling terjejas ketika dilanda gempa bumi pada 6 Februari tahun ini.



Mangsa gempa bumi di Kahmanmaras dan juga bandar Elbistan yang ditemui Berita Harian (BH) berkata mereka masih bergelut untuk bertahan, terutama semasa tempoh Ramadan dan cuaca sejuk ini.



Penduduk Kahmanmaras Encik Ubeyd Kosker, berkata sehingga kini, gempa susulan masih berlaku dan masih mencabar bagi orang-orang di sini.



"Ramai antara mereka kini masih tinggal di dalam khemah dan belum dapat beralih ke rumah baru kerana bangunan-bangunan ini masih belum dinaikkan lagi.



"Cuaca pun masih sejuk jadi agak sukar untuk orang ramai tinggal dalam khemah.



"Pada masa yang sama, disebabkan kita tidak mempunyai dapur yang betul, kita harus bergantung kepada makanan yang diagihkan badan-badan bukan pemerintah (NGO) untuk bertahan semasa tempoh ini," katanya, yang juga merupakan pengurus gudang logistik, Hayrat Yardim.



Menurut Encik Ubeyd beliau harus terus bertahan dan kuat.



Katanya, ini supaya orang lain yang bergantung bantuan akan mempunyai harapan untuk teruskan kehidupan seperti biasa secepat mungkin.



Penyelaras antarabangsa di Haryat Yardim, Encik Hasan Abut berkata banyak usaha masih dijalankan dengan kerjasama NGO dan agensi kemanusiaan lain seperti Rahmatan Lil Alamin (RLAF) yang berada di sana untuk mengawasi operasi yang dijalankan oleh rakan kongsi tempatan mereka.



Antara usaha yang kini dijalankan oleh Hayrat Yardim termasuk pengagihan habuan makanan, pakej kebersihan dan juga pastikan mangsa mempunyai makanan untuk sahur dan berbuka sepanjang Ramadan.



"Selain daripada pakej makanan dan kebersihan yang mereka perlukan, ramai orang berpuasa semasa tempoh ini. Dengan dapur-dapur yang kami miliki, mangsa tidak perlu memasak dan boleh mendapatkan makanan secara percuma di pusat pengagihan kami setiap hari," kata Encik Hasan.



Dapurnya sediakan makanan untuk lebih daripada 1,000 orang setiap hari untuk iftar.



Tinjauan wartawan di Kahramanmaras sekitar 5.30 petang mendapati ramai mula beratur untuk dapatkan makanan sebelum berbuka.



Bekas makanan diberikan kepada penduduk untuk diisi dengan makanan seperti sup, kekacang dan nasi panas untuk dibawa pulang.



Turut menghulurkan tangan semasa pengagihan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman dan ahli lembaga RLAF, Encik Mohamad Helmy Mohd Isa.



Laporan lanjut: Mangsa gempa syukur diberi bantuan meski hadapi cabaran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >