PETALING JAYA: Sehari selepas Astro Malaysia Holdings Bhd menangani secara terbuka kebocoran data pelanggan dan mencatatkan keputusan kewangan lebih lemah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Rohana Rozhan, kelmarin memberi notis peletakan jawatannya berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.
Ketua pegawai kandungan dan pengguna kumpulan, Encik Henry Tan, akan mengambil alih mulai 1 Februari tahun depan tetapi Datuk Rohana kekal dalam lembaga sebagai pengarah bukan eksekutif.