Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China umum penghantaran pertama jet penumpang buatan tempatan

Dec 09, 2022 | 05:33 PM



BEIJING: China pada Jumaat (9 Dis) mengumumkan penghantaran pertama jet penumpang keluaran tempatan barunya, dengan pesawat itu dijangka membuat debut komersialnya awal tahun depan.



Beijing berharap pesawat komersial C919 itu akan mencabar model asing seperti Boeing 737 MAX dan Airbus A320, walaupun kebanyakan bahagiannya diperoleh dari luar negara.



Model pertama jet badan sempit itu, yang memuatkan 164 penumpang, telah diserahkan secara rasmi kepada China Eastern Airlines semasa satu majlis di lapangan terbang di Shanghai.



Langkah itu menandakan “pencapaian penting” dalam perjalanan industri pesawat China, kata penyiar negara CCTV.



Rakaman yang disiarkan pada Jumaat oleh CCTV menunjukkan jet yang memaparkan lambang China Eastern berdiri di lapangan terbang yang dilanda hujan dan memberikan gambaran di dalam kabin pesawat.



Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) milik negara memberikan syarikat penerbangan itu “kunci kenang-kenangan kepada C919 pertama di dunia”, lapor CCTV.



COMAC di pertunjukan udara bulan lalu berkata ia telah memperoleh tempahan untuk 300 C919, tetapi tidak menjelaskan sama ada pesanan itu disahkan sepenuhnya dan tidak memberi butiran mengenai nilai tawaran atau tarikh penghantaran.



Tetapi jika pesanan itu diterima, ia akan menjadikan bilangan tawaran yang diketahui untuk C919 kepada lebih 1,100, berdasarkan angka daripada kenyataan COMAC sebelumnya.



Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa empat pesawat dijangka dihantar ke China Eastern – syarikat penerbangan kedua terbesar di negara itu mengikut bilangan penumpang – menjelang hujung tahun sebelum mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.



China memeterai perjanjian untuk jet Airbus bernilai AS$17 bilion ($23 bilion) awal tahun ini, dan syarikat itu mula mengeluarkan model A321-nya di bandar Tianjin bulan lalu.



Boeing 737 MAX telah digantung di China sejak 2019 selepas dua kemalangan maut, walaupun syarikat aeroangkasa itu berkata Julai lalu bahawa ia mungkin diluluskan untuk penghantaran oleh pengawal selia China tahun ini. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >