Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Delegasi Hamas sertai rundingan gencatan senjata, bebaskan tebusan di Kahirah

Apr 29, 2024 | 01:16 PM



KAHIRAH/DOHA: Delegasi Hamas akan menyertai rundingan yang bertujuan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata, kata seorang pegawai Hamas pada 28 April, ketika pihak perantaraan meningkatkan usaha menjelang serangan Israel ke atas Rafah.


Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata delegasi yang dijadual tiba di Kahirah pada 29 April dijangka membincangkan cadangan gencatan senjata yang diserahkan oleh Hamas kepada perantara dari Qatar dan Mesir dan tindak balas Israel.

Beliau tidak mendedahkan butiran cadangan terkini tetapi sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan itu memberitahu bahawa Hamas dijangka memberi maklum balas kepada cadangan gencatan senjata berperingkat terbaru Israel yang disampaikan pada 27 April.

Sumber itu berkata, ini termasuk perjanjian membebaskan sekitar 40 tebusan Israel sebagai pertukaran pembebasan rakyat Palestin dari penjara Israel dan fasa kedua gencatan senjata yang merangkumi “tempoh bertenang yang berterusan” – tindak balas persetujuan Israel terhadap tuntutan Hamas bagi gencatan senjata berkekalan.

Selepas fasa pertama, Israel akan membenarkan pergerakan bebas antara selatan dengan utara Gaza dan pengunduran sebahagian tentera Israel dari Gaza, kata sumber itu.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah bercakap menerusi telefon dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pada 28 April dan Rumah Putih berkata mereka menyemak rundingan untuk memastikan pembebasan tebusan dan gencatan senjata serta-merta di Gaza.

Mereka turut membincangkan peningkatan kadar penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk persediaan untuk membuka lintasan baru ke Gaza, katanya.

Encik Biden juga mengulangi pendiriannya yang jelas – tidak akan menyokong operasi Rafah tanpa rancangan kemanusiaan yang wajar dan boleh dipercayai.

Sejurus selepas panggilan telefon tersebut, Jabatan Negara Amerika berkata Setiausaha Negaranya, Encik Antony Blinken, akan mengunjungi Timur Tengah untuk membincangkan usaha gencatan senjata dan pembebasan tebusan dengan meneruskan perjalanan ke Jordan dan Israel selepas melawat Arab Saudi.

Perang meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 dan menahan 240 tebusan.


Serangan balas dan berterusan Israel telah membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >