Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam cedera dalam kes tembakan di sekolah Oakland, California.

Sep 29, 2022 | 01:25 PM



OAKLAND, California: Enam orang ditembak di sebuah kampus di Oakland pada Rabu (28 September) yang menempatkan sekurang-kurangnya tiga sekolah, menyebabkan penutupan dan pemindahan sedang polis tiba di tempat kejadian.



Dua daripada mangsa dimasukkan ke hospital dengan kecederaan yang mengancam nyawa; empat yang lain sama ada dibenar pulang atau tidak lama lagi akan dikeluarkan dari hospital, kata Encik Darren Allison, penolong ketua Jabatan Polis Oakland.



Kesemua mangsa adalah orang dewasa yang mempunyai “kaitan dengan sekolah”, kata Encik Allison, walaupun beliau tidak menyatakan umur mereka atau jika mereka pelajar atau pekerja. 



Pihak berkuasa sedang mencari seorang penembak, kata Encik Allison, tetapi beliau menyatakan bahawa mungkin ada “individu lain yang terlibat” dalam insiden itu, yang bermula kira-kira 12.45 tengah hari (3.45 pagi waktu Singapura).



Tambahnya, Jabatan Polis masih menyiasat sama ada tembakan itu disasarkan atau rambang.



Kes tembakan berlaku di kompleks King Estate, di mana empat program sekolah berbeza terletak: ibu pejabat untuk Kajian Bebas Sojourner Truth; Sekolah Teknologi Bay Area, program piagam bagi pelajar dalam gred enam hingga 12; Sekolah Menengah Lanjutan Rudsdale; dan Sekolah Tinggi Rudsdale Newcomer. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >