Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hampir 14,000 mangsa banjir di tiga negeri berlindung di PPS

Jan 28, 2023 | 01:33 PM



KUALA LUMPUR – Seramai 13,827 mangsa banjir di tiga negeri terjejas dengan bencana itu kini ditempatkan di 73 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.



Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,480 orang setakat 8 pagi tadi, berbanding 3,328 malam tadi dan ditempatkan di 35 PPS di beberapa daerah di negeri berkenaan.



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan Mersing kekal dengan jumlah mangsa paling ramai melibatkan 1,792 orang, diikuti Kluang (780), Kota Tinggi (417), Batu Pahat (209), Segamat (115) dan Tangkak (15).



Sementara itu, empat sungai di negeri berkenaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat dengan bacaan 5.96 meter (m); Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (14.53 m); Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar (3.33 m) dan Sungai Endau, Mersing (2.90 m).



Sementara di Sabah pula, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat sedikit kepada 10,347 orang daripada 3,569 keluarga setakat 8 pagi tadi, dan ditempatkan di 34 PPS di enam daerah, berbanding 10,312 mangsa daripada 3,564 keluarga malam tadi.



Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan satu lagi PPS di Lahad Datu dibuka pada 9 malam menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.



Menurut kenyataan JPBN Sabah, seramai 2,160 orang (795 keluarga) ditempatkan di sembilan PPS di Pitas, manakala 664 orang (187 keluarga) dipindahkan ke sembilan PPS di Paitan.



Di Tawau, 109 orang (24 keluarga) dipindahkan ke sebuah PPS dan di Telupid seramai 21 orang (lima keluarga) berlindung di dua PPS.



Pahang pula melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin pagi tadi kekal 353 orang daripada 106 keluarga dengan empat PPS masih beroperasi iaitu PPS Kampung Setajam menempatkan 165 mangsa, PPS Kampung Rekoh (122), PPS Balai Raya Bukit Lepas (40) dan PPS Balai Raya Kampung Denai (26).



Sungai Keratong di Rompin masih melepasi paras bahaya 23 m apabila mencatatkan bacaan 24.36 m pagi tadi, berbanding 24.45 m malam tadi.



Bagaimanapun, paras Sungai Keratong terus menunjukkan trend penurunan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >