Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Hospital New York pecat, gantung khidmat kakitangan enggan divaksin

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Hospital di New York kini sedang membuat persiapan memecat ribuan pekerja penjagaan kesihatan kerana tidak mematuhi mandat vaksinasi Covid-19 yang berkuat kuasa kelmarin, dengan beberapa wilayah di beberapa negeri mengurangkan perkhidmatan yang disediakan kerana kekurangan kakitangan.



Pusat Perubatan Erie County (ECMC) di Buffalo telah menggantung pembedahan pilihan pesakit dan tidak akan menerima pesakit penjagaan intensif dari hospital lain sedang ia membuat persiapan memecat sekitar 300 pekerja yang tidak menjalani vaksinasi, kata seorang jurucakap.



Salah sebuah syarikat penyedia penjagaan kesihatan terbesar di Barat New York, Catholic Health, menyatakan ia akan menangguhkan beberapa pembedahan pilihan kelmarin sedang ia berusaha mempertingkat kadar vaksinasi, yang mencecah 90 peratus dalam kalangan pekerja pada tengah hari Ahad lalu.



Encik Peter Cutler, seorang jurucakap ECMC berkata, keputusan mengurangkan beberapa operasi akan menjejas pendapatan hospital, memandangkan pembedahan pilihan bagi pesakit di hospital memberi pulangan $1 juta setiap minggu, selain menyusahkan pesakit.



"Dari segi kewangan, ia sangat besar," kata Encik Cutler.



Jabatan kesihatan negeri New York mengeluarkan arahan pada bulan lalu mewajibkan semua pekerja penjagaan kesihatan menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama Covid-19 pada atau sebelum 27 September, hingga mengakibatkan hospital cuba menjalankan inokulasi ke atas seramai kakitangan yang mungkin.



Gabenor New York, Cik Kathy Hochul pada Sabtu lalu berkata, beliau sedang menimbangkan membawa masuk anggota tentera Pengawal Kebangsaan (National Guard) dan pekerja perubatan dari luar negeri untuk memenuhi kekurangan kaki tangan, dengan 16 peratus daripada sejumlah 450,000 kakitangan hospital atau anggaran kasar 72,000 pekerja tidak divaksinasi sepenuhnya.



Usaha inokulasi ini berlaku sedang pemerintah negeri dan pentadbiran persekutuan mahu menggunakan mandat vaksinasi untuk membantu memerangi jangkitan tinggi akibat varian Delta koronavirus itu dan pekerja yang menolak usaha tersebut, dengan ramai mengemukakan alasan agama untuk menolak vaksinasi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >