Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia dijangka raih $23.4b semasa cuti Aidilfitri

Apr 02, 2024 | 02:04 PM



JAKARTA: Timbalan Bidang Kajian Strategik, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Cik Dessy Ruhati, mengunjurkan nilai perolehan ekonomi sebanyak Rp 276.1 trilion ($23.4 bilion) dalam sektor pelancongan semasa cuti Aidilfitri 2024.


“Potensi sektor pelancongan dan ekonomi kreatif itu sendiri boleh mencecah Rp 276.1 trilion,” katanya dalam sidang media mingguan di sini pada 1 April.

Anggaran ini berdasarkan unjuran pergerakan masyarakat oleh Kementerian Pengangkutan, merekodkan 193.6 juta pelancong pada 2024.

Angka ini meningkat daripada 123.8 juta pelancong pulang, yang dicatatkan pada 2023.

Cik Ruhati menyatakan kebanyakan pelancong akan membanjiri tiga destinasi pelancongan teratas, iaitu Jawa Tengah, seramai 61.6 juta; diikuti Jawa Timur, seramai 37.6 juta; dan Jawa Barat, seramai 32 juta orang.

Sementara itu, kebanyakan pelancong akan datang dari Jawa Timur, kawasan Jakarta Raya dan Provinsi Jawa Tengah menaiki kereta api, bas, kereta persendirian dan motosikal, lapor agensi berita Antara.


Kementerian juga menganggarkan pelancong domestik akan menuju ke pelbagai destinasi pelancongan.

Ini termasuk tasik atau pantai, pusat kulinari, gunung atau destinasi agropelancongan, taman rekreasi, taman haiwan dan pusat membeli-belah.

Pada momentum Aidilfitri 2024 ini, sektor pelancongan dan ekonomi kreatif diunjurkan menyumbang 5 peratus kepada ekonomi negara, terutama pada suku pertama dan kedua.

Menurut Cik Ruhati, ini berikutan peningkatan penggunaan dan keperluan wang tunai yang meningkat sebanyak 4.65 peratus, berbanding tahun sebelumnya.

Ini ditambah pula dengan sokongan pemerintah terhadap penggunaan awam melalui bantuan sosial dalam bentuk tunai langsung.

“Dan 100 peratus bonus Hari Raya untuk penjawat awam,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >